November 18, 2017

Ikan Goreng Bersambal

Ikan Goreng Bersambal

Resepi ini saya browse Mr. Google pada hujung minggu lepas. Di temui pada laman berbahasa Indonesia. Tetapi sangat sedap dengan citarasa saya sekeluarga. Sememangnya dari kecil saya sering dihidang dengan ikan goreng yang sambal seperti resepi ini. Sambal yang kering dengan bahan bawang dan cili yang ditumbuk kasar (walaupun saya mengubah versi resepi ini dengan mem'blender' kasar bahannya) dan tidak terlalu pedas. Pasti menjadi rujukan saya setiap kali anak-anak inginkan menu ikan goreng bersambal.

Terima kasih kepada pemilik asal resepi ini.


Bahan-bahan
8 ekor ikan pelaling bersaiz sederhana, dicuci, DIKELAR,  digaul garam kunyit dan digoreng garing. Resepi asal di gaul juga dengan perahan limau.

Bahan blender A (diblender tanpa air) * resei asal semua bahan ini ditumbuk.
5 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji cili padi hijau
1 biji tomato
sedikit kunyit hidup
sedikit halia

Bahan blender B  (diblender kasar tanpa air) * resepi asal semua bahan ini dihiris.
5-8  biji bawang kecil
3 biji bawang putih

1/4 cawan air
1 serai
garam, gula, asam keeping/asam jawa
minyak menumis bahan blender.

Cara-cara
-ikan dikelar, digaul garam kunyit dan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
-tumis bahan blender A sehingga kering air (air tomato) dengan sedikit minyak.
-masukkan bahan blender B dan serai.  Masak sehingga pecah minyak.
-tambah 1/4 cawan air, perasa dengan garam, gula dan asam keeping. Masak sehingga sambal kelihatan pekat.
-apabila masak tuang atas ikan.



 

September 5, 2017

Telur bungkus

Telur bungkus

Menu ini akan menjadi pilihan setiap kali saya sekeluarga makan di luar. Tidak hanya mahu makan dikedai, saya mencuba resepi ini di rumah dan 'kena' dengan selera saya. Terasa seperti makan di kedai. Pasti akan terus menjadi sumber rujukan setiap kali menyediakan telur bungkus untuk anak-anak.

Sumber: kongsimasakan.blogspot.com, kiriman Kak Raja




Bahan-bahan:
2 sudu besar isi ayam ( potong kecil, gaul dengan garam dan kunyit)
1/2 biji tomato
1/2 sudu besar cili  kisar
1 bawang merah
1 bawang putih
1 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos ikan
bunya kobis
garam
gula
2 biji telur
daun  limau purut - saya tambah
carrot - potong dadu - saya tambah

cara-cara:
-panaskan kuali dan letakkan minyak sikit
-masukkan ayam dan goreng hingga keperangan
-masuk bawang kemudian cili kisar dan tomato
-masuk bunga kobis, sos ikan dan sos cili. Kacau sebati.
-masukkan garam dan gula.
-tutup api bila kuah pekat

-pecahka 2 biji telur, letakkan sikit garam
-tuang telur ke dalam kuali bermula dari tepi kuali- ikut bulatan
-masukkan isi ayam
-lipat penjuru telur dadar.

Ayam halia versi cina

Ayam Halia versi Cina

Resepi ini sangat mudah, ringkas dan sedap. Apatah lagi dimakan dengan nasi panas. Bau halia membuka selera. Saya simpan sebagai koleksi resepi saya. Tidak rugi mencuba.

Kredit: Resepi mudah


Bahan-bahan:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
minyak masak- utk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam, gula

Cara-cara:
-panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit - goreng separuh masak. ANGKAT dan ketepikan.
-ambil sedikit minyak dari baki gorengan tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia hingga naik bau. Masukkan kembali ayam tadi.
-masukkan pula sos tiram, kicap cair dan lada putih -kacau jangan sampai bawang putih hangus.
-masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga kuah pekat dan sebati. Tambah air jika anda suka lebih kuah.
-taburkan dengan cili merah dan bawang besar, kacau 2-3 minit.
-perasakan dengan garam dan gula.
-angkat dan tabur daun bawang.

Pes Tomyam kaw kaw

Pes Tomyam Kaw Kaw

Begitulah nama  resepi ini bila saya mencari di internet untuk homemade tomyam. Ternyata 'Kaw' seperti namanya. Sekali mencuba Pes Tomyam Kaw Kaw ini, pasti tidak lagi mahu pes tomyam segera yang ada dikedai. Resepi ini pasti menjadi rujukan tetap saya setiap  kali ingin menyediakan tom yam di rumah.

Terlupa pula saya mengambil gambar pesnya. Bagaimana pon saya sempat mengambil gambar ketika tomyam masih dalam periuk ketika sedang merenih.

Kredit: fb Norashikin Bt Hasan


Bahan-bahan:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut ( dikira secara tidak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis
4 inci belacan
3 sudu cili kering yang sudah siap dikisar
air asam jawa
gula perang
garam

Cara-cara:
-masuk semua bahan (kecuali air asam  jawa, garam & gula) ke dalam blender - lumatkan
-panas minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak - api perlahan saja.
-pecah minyak, masukkan air asam jawa, gula & garam
-sejukkan dan boleh simpan dalam botol sebagai pes tom yam.

*siapa yang suka pedas, masa buat kuah baru letak cilli api bagai
*masa buat kuah juga, adjust rasa tomyam dengan air asam jawa, garam dan gula.
*bahan asas buah kuah : 'Pes tomyam kaw kaw, serai, daun limau purut, bawang, tomato, carrot, ayam atau seafood.

Sambal terung bulat

Sambal terung bulat

Resepi ini juga adalah hasil dari Mr. Google. Resepi yang ringkas, cepat dan yang penting sedapppp. Resepi ini dalam bahasa  indonesia. Saya suka cili/sambalnya yang digoreng hampir kering dan menyaluti pada terung, sedapnya dimakan panas-panas bersama nasi!


Bahan-bahan:
400grm terung bulat (warna hijau) - dipotong 4 dan direndam dalam air utk hilangkan getahnya
1bungkus ikan bilis - dicuci ( lebih kurang 1/2 genggam) - saya goreng dulu ikan bilis ini
7 biji cili padi - kurangkan jika tidak mahu pedas
2 helai daun limau purut

ditumbuk halus:
5 biji bawang merah
2 biji bawan putih
1/2 cm kunyit
2 biji buah keras
Garam, gula
2 sudu makan minyak goreng

Cara-cara:
-tumis bahan yang ditumbuk halus hingga wangi
-masukkan ikan bilis dan kacau rata
-masukkan terung dan daun limau purut.
-masak mengikut kematangan terung yang dikehendaki. Menurut pemilik asal resepi ini, goreng sekejap sahaja untuk rasa terung yang 'kriukkkkk'.

Deep fried fish Thai style

Deep fried fish Thai style

Masha Allah, sedap sungguh  ikan bila digoreng rangup seperti ini. Resepi saya perolehi hasil google di internet. Minta maaf kepada pemilik resepi kerana saya tidak ingat di mana website asal resepi ini. Resepi yang akan saya guna selalu untuk hidangan keluarga.



Bahan-bahan:
600gm whole fish (saya guna siakap) - saya belah 'butterfly'
1/2 teaspoon salt
1 tablespoon cornflour
2 cups oil for deep frying fish
1 cucumber shredded (saya guna 1/3 batang saja)

Sauce ( mixed together) :
2 1/2  tablespoons sugar
2 tablespoons lime juice or kaffir lime juice
3 tablespoons fish sauce
2 shallots sliced thinly
3 bird's eye chili or chili padi
1 red chili shred thinly
1 stalk corianer leaf chopped

August 24, 2017

Ikan cencaru sumbat belakang

Resepi ini saya ambil dari blog Azlita Masam Manis. Nama yang tidak asing dalam dunia resepi online. Resepinya yang pasti 'menjadi' termasuklah resepi ini yang menjadi kegemaran anak-anak. Mengikut Pn Azlita, resepi asal adalah dari Che Nom. Terima kasih kepada kedua-keduanya !


Ikan cencaru sumbat belakang

Bahan sambal dikisar atau ditumbuk:
5 tangkai cili kering - buang biji dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan bakar
1 inci halia
1 sudu besar jus asam jawa
1 batang serai
1 sudu besar gula pasi atau gula Melaka
garam
sedikit minyak menumis

Cara:
Ikan cencaru, disiang dan dibelah belakang, gaul garam kunyit. Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga harum.
Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering.
Angkat dan sejukkan.

Goreng ikan separuh masak.
Kemudian saya angkat ikan dan masukkan sambal dan saya goreng semula ikan. ( saya goreng ikan separuh masak dahulu untuk pastikan sambal diletak kemudian dan digoreng sebentar sahaja dalam kuali untuk elak minyak menjadi hitam bila sambal terkeluar dari ikan)



Nasi Pilaf Daging Jamaica Chef Wan

Nasi pilaf ini adalah juga dari buku koleksi resepi Chef Wan. Jika anda inginkan kelainan, tidak rugi mencuba. Sedap dan berbaloi walaupun penat di dapur !


Nasi Pilaf Daging Jamaica

Bahan-bahan

55 gram / 1/4 cawan mentega
3 ulas bawang merah, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari daging serbuk (saya guna 1 sudu besar saja untuk elak bau kari yang kuat)
300 gram daging lembu, dihiris nipis-nipis ( saya guna 200gram saja, direbus terlebih dulu)
3 sudu besar kismis hitam
3 tangkai cili hijau, dicincang halus-halus
3 biji tomato, dibuang biji dan didadu
garam (anggaran 1 sudu teh utk setiap 1 cawan beras)
450 gram / 2 cawan beras basmati, dicuci dan dituskan (saya masak 3 cawan beras)
250ml / 1 cawan santan, diperah daripada 1/2 biji kelapa parut
250 ml /1 cawan air rebusan ayam ( saya ambil dari air rebusan daging)
2  sudu besar hirisan daun ketumbar

* untuk 3 cawan beras basmati, saya guna jumlah 'cecair' 5 cawan : 1 cawan santan + 4 cawan air rebusan daging)

Cara-cara
1. panaskan mentega di dalam periuk yang besar. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga keperangan
2. to be continued


Ayam Goreng Seri Wangi Chef Wan

Resepi ini adalah koleksi resepi dari buku yang  di tulis oleh Chef Wan. Memang menjadi kegemaran anak-anak. Rahsianya adalah mayonis yang di tambah dalam penyediaan resepi ayam ini. Tak percaya? Cubalah!




Ayam Goreng Seri Wangi Chef Wan

Bahan-bahan:
4 keping dada ayam tanpa kulit dan tulang, dihiris nipis memanjang
Minyak masak untuk menggoreng terendam + 1 sudu besar
2 batang serai, dihiris halus-halus
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus-halus
10 tangkai cili pad, dihiris-hiris (saya guna 5 tangkai saja)
2 sudu besar rempah tomyam ( saya guna 1 saja kerana tidak mahu terlalu masam)
60ml / 1/4 cawan air
1 sudu teh madu
11/2 sudu besar mayonis ( saya guna lebih)
3 helai daun limau purut, dihiris halus

Bahan pemerap (dibancuh)
2 sudu besar sos tiram
garam
1 biji telur yang sederhana, dipukul
3 sudu besar tepung jagung

Cara-cara
1. Gaul rata-rata ayam dengan bahan pemerap dan ketepikan 15minit.
2. Goreng terendam ayam hingga kuning dan garing. Tuskan.
3. to be continued

August 21, 2017

Cucur manis viral

Cucur manis viral

Kali ini saya mencuba cucur manis yang seperti yang diviral di Facebook. Sedap di makan panas-panas. Ringkas, cepat dan sedap!



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
-campurkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk, gaul sebati.
-masukkan air panas dan kacau dengan senduk hingga sebati, biarkan sedikit sejuk.
-bila adunan sudah sejuk, ambik sedikit adunan dan bulatkan dan goreng dalam minyak yang betul2 panas

August 7, 2017

Sukatan memasak

Sukatan di dapur

Sebagai panduan saya dan pembaca. Sukatan ini adalah berdasarkan resepi-resepi yang pernah saya cuba. In sha Allah harap ianya dapat membantu pembaca ketika di dapur.

Dalca Daging
Setiap 1 kilo daging:
50 gram serbuk kari (2 paket x 25g)
1 biji kelapa - 4 cawan santan ( atau beli santan segar di pasar di cairkan menjadi 4 cawan)

Nasi
Setiap 1 cawan nasi:
1/2 sudu teh garam

Cili kering
20 helai cili kering - 6 sudu besar cili kisar

July 12, 2017

Udang goreng kunyit

Resepi ini saya ambil dari Blog Mat Gebu (tiffinbiru.com) . Ringkas.  Cepat. Dan yang paling penting Sedapp! Saya copy n paste ya.


Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan :-)
12 ekor udang bersaiz besar, gunting muncung dan kaki2nya, cuci bersih dan toskkan
2 - 3 tangkai kacang panjang, dikerat pendek2
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :-)
  1. Gaul udang tadi dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit gula. Perap sekejap. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan goreng hingga udang berubah warna dan kelihatan sedikit kering.
  2. Masukkan semua bahan2 lain, kecuali hirisan daun bawang. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Keluarkan dan jika ada minyak, toskan. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidang. Sedap dimakan bersama nasi hangat, bubur nasi atau begitu sahaja..

Apple Crumble

Resepi ini saya dari 'periuktanah.blogspot'. Telah bertahun saya menyediakan apple crumble kepada anak-anak menggunaka resepi ini. Terima kasih kepada pemilik resepi. Saya copy n paste ya.

Apple crumble

Bahan-bahan:

A) Intinya:
4 biji epal hijau, dikupas kulit dan dipotong dadu
1 biji buah lai (XL- kalau saiz kecil, guna 2 biji)-dikupas kulit dan didadu juga
1/2 cawan gula
1/3 cawan air
1 batang kulit kayu manis (1 inci)

Cara membuatnya:
1. Campurkan buah-buahan tadi di dalam periuk. Asingkan 1 cawan dan ketepikan dulu. Masukkan gula, air dan kulit kayu manis ke dalam periuk dan masak inti menggunakan api sederhana.

2. Apabila mendidih kacau sentiasa inti, hingga sebati. Apabila epal hancur dan hampir pekat, keluarkan kulit kayu manis dan masukkan 1 cawan buahan tadi ke dalam periuk (supaya inti ada rasa rangup apabila dikunyah)

3. Apabila inti pekat, tutup api dan ketepikan dulu.


B) Bahan-bahan 'crumble':
1 1/2 cawan tepung gandum
100gm margerin
1 cawan nestum original dewasa

Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung dan margerin ke dalam mangkuk. Gaul ramas menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.

2. Masukkan nestum dan gaul rata.

3. Sediakan loyang empat persegi 18 sm x 18 sm. (loyang bulat pun tak apa) Lengserkan dengan margerin. Panaskan oven ke suhu 180 darjah api atas dan bawah.

4. ambil 1 1/2 cawan adunan crumble dan ratakan di dalam loyang. Jangan ditekan. Masukkan kesemua inti dan ratakan. Akhir sekali ambil lebihan 'crumble dan ratakan menutupi semua inti.

5. Masukkan loyang di rak bawah sekali dan bakar lebih kurang 20 minit pada suhu 190 C, atau hingga Apple Crumble berbau wangi.

C) Cara membuat sos kastard:
Masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar tepung kastard di dalam 'blender' . Kisar 1 minit. Tuang ke dalam kuali atau periuk dan masak hingga hampir pekat. Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa agar tidak hangus. Jangan masak hingga pekat sangat, agak-agak cantik dituang... ke atas 'Apple Crumble'..
















Florentine cookies

Resepi Florentine cookies ini telah beberapa kali saya cuba. Memang sekian lama saya mencari resepi ini. Akhirnya 'terjumpa' di blog Masam manis (Norazlita Aziz). Kepada peminat cookies ini pasti tahu harganya yang mahal. Apa kata selepas ini cuba buat sendiri. Berbaloi. Sedapppp. Sekejap sahaja. Tak boleh berhenti menguyah!! Kata K Ita, resepi asal dari Kak Patmah.

Florentine cookies

Bahan-bahan
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam









Cara-cara
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

June 13, 2017

Ketam masak sambal telur






Bahan-bahan
3 ekor Ketam bersaiz besar- gaul dengan garam & serbuk kunyit sedikit.
3-5 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula Melaka  **jika takut terlebih manis, masukkan sedikit demi sedikit & rasa..
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
2 biji telur
1/2 sudu teh jintan manis-optional

Cara-cara
Ketam digoreng separuh masak. 
Kuali lain,panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. 
Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
Masukkan air, gula, air asam jawa, jintan manis dan garam.
Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
Masukkan ketam, tutup sebentar dengan penutup.
Biarkan masak sebentar. 
Masukkan telur, biarkan telur sedikit mengeras baru digaul/dikacau bersama ketam sambil ditutup dengan penutup.
Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

June 12, 2017

Ayam rosemary

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
 Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)

Sedapnya resepi ini. Diambil dari dapurcomelku BlogSpot.  Resepi ini katanya dioleh oleh Jeni. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang best ini..

Bahan:
1 kg ayam/1 ekor ayam
1 biji lemon
5 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
1 sudu besar  lada hitam - ditumbuk kasar
2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
2 biji tomato atau lebih
Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - ditambah
Kicap Pekat - ditambah
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan lada hitam.
Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.   ********saya cucuk 4 tempat saja, kerana tidak mahu terasa masam lemon
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
 *****saya bakar 1 jam dengan ayam dibungkus Aluminium foil. Buat lubang pada Foil dengan cara dicucuk dengan garfu. Di bakar lagi 30 minit tanpa foil.

 

Sambal udang

Sambal udang/sotong
 
Resepi ini saya ambil dari hanamemories. Kata hana, resepi asal adalah dari blog ummizaihadi yang menggunakan sotong. Bagaimanapun resepi ini sangat sedap. Saya pasti menggunakan untuk resepi sotong pula selepas ini.
 
 
Bahan-bahan
 
Udang/sotong - gaul dengan garam n serbuk kunyit sedikit.
3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula Melaka  **jika takut terlebih manis, masukkan sedikit demi sedikit & rasa..
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
1 labu bawang besar - potong bulat
 
Cara-cara
Udang goreng separuh masak. 
Kuali lain,panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. 
Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam.
Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
Masukkan udang.
Biarkan masak sebentar.Masukkan pula bawang yang dipotong bulat.
Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

Puding Karamel

Puding Karamel

Terima kasih kepada hanamemories blogspot. Best pudding caramel ever! I'll stick to this recipe.


Bahan-bahan
  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml) - 2017 isipadu susu 390ml :( , so saya add 10ml air)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
***Gunakan Loyang 7"


Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

June 6, 2017

Ayam percik Cik Manggis

 Ayam percik Cik Manggis.

Sedap hingga menjilat jari. Terima kasih Cik Manggis. kata Husband, dia beri 'gold medal' utk resepi ini :) . Sedap sungguhlah tu ya...Saya simpan resepi ayam percik sedap ini untuk rujukan masakan saya ya..

Bahan-bahannya:

3 ketul ayam(satu ekor ayam dipotong 4 dan ambil 3 ketul)
2 inci halia*
1 tsp garam*
2 ulas bawang putih*
*Tumbuk hingga hancur untuk perap ayam.

Kuah percik:
1 1/2 cawan santan pekat
1 tbsp tepung jagung
6 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
1 tsp serbuk kunyit
6 biji cili kering

Cara-caranya:
Tumbuk halia,bawang putih dan garam hingga lumat.lumurkan pada ayam dan perap sekejap.Kemudian rebus ayam dengan 2 cawan air hingga separuh masak( jika mahu kuah lebih boleh tambahkan lagi air rebusan) .Toskan...Tips dari kak yam=katanya lebih sedap jika ayam direbus separuh masak dengan santan cair,serai diketuk selain dari halia dan bawang putih.terima kasih kak yam saya pasti akan cuba tips ni bila nak masak ayam percik nanti:)

Untuk kuah:

  • Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Bancuhkan bahan kisar diatas dengan santan pekat dan air rebusan ayam hingga sebati.
  • Masukkan kedalam periuh dan masukkan serai dan asam keping. Didihkan atas api sekejap.Jangan sampai pecah minyak.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung,gula dan garam.
  • Angkat dan ketepikan.
Sementara itu panggang ayam hingga masak.Curahkan sedikit kuah dan panggang lagi sehingga kuah percik mesra dengan ayam.Balik-balikkan ayam dan sapukan kuah hingga betul-betul melekat pada ayam.Angkat dan hidangkan.Tuangkan lebihan kuah percik tadi keatas ayam.Tapi pastikan kuah percik tadi dipanaskan hingga betul-betul masak sebelum dicurahkan pada ayam untuk mengelakkan dari ianya cepat basi.

Siew pak choy dengan sos tiram

Siew pak choy  dengan sos tiram

Sedap! itu yang diungkap oleh anak2 apabila saya masak dan hidangkan panas2 pada mereka. Terima kasih Hanamemories blogspot. Telah lama saya mencari resepi sayur ini.

Saya copy n paste ya Hana.

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah -  x ltk sbb dh pekat
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

badak berendam

Badak berendam

Saya telah mencuba resepi ini. Ternyata sedap sangat. Seperti biasa, resepi ini saya ambil dari blog kak ita masam manis. Menurut k ita, resepi asal adalah oleh MyKitchen's recipe by Sasha Rahmats.
Terima kasih di atas resepi yang sedap ini.

Bahan 'A' - Kulit
600gm tepung pulut
350gm kentang -
 4helai daun pandan, ditumbuk halus*
500ml air suam kuku*
1tsp garam*
1 tblspn gula*
1sudu teh warna hijau, jika suka*

*gaul rata dan tapis


Bahan 'B' - Inti
1biji kelapa parut putih
1 tblsp tepung pulut
1/2 tsp salt
2 helai daun pandan
250 ml air
100gm gula merah
100gm gula melaka
100gm gula pasir


Bahan 'C' - Kuah
1litre santan pekat
5helai daun pandan
2 sudu makan tepung pulut atau tepung jagung
1 tsp garam

Bahan A..kentang kupas kulit rebus dan lecek halus
uli bahan A menjadi satu adunan doh..ketepikan

Bahan B...satukan gula dgn air masak sekejap dan tapis
daun pandan tuk mewangikan
masakkan kelapa tadi bersama2 air yg dh ditapis
masak hingga likat then addkan tpg pulut & garam

Bahan C...satukan dan masak hingga pekat

Ambil sedikit adunan, lalu isikan inti dan bulat-bulatkan.
Didihkan air secukupnya.
Bila dah mendidih masukkan bebola tadi.
Tunggu sehingga kueh timbul. (kaedah onde2)

Bila dh masak addkan kueh tadi ke bahan C.

June 4, 2017

Puding roti dan sos kastard



Saya suka resepi puding roti dan sos kastard ini. Ianya juga digemari anak2 dan menjadi resepi simpanan saya. Terima kasih pada 'hanamemories blogspot'.




Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus (saya guna 1 sudu besar gula halus dicampur 3 sudu besar gula perang)
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon (saya guna 1/2 sudu putih kfc)
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis (saya guna 2 sudu)
  • 1 biji pisang dihiris nipis - saya tambah

Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula (saya guna 1 sudu besar gula halus dicampur 1 sudu besar gula perang)



Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan separuh pisang dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis dan pisang diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. **saya wrap dgn aluminium foil 15 min pertama.

Sos kastard
  1. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  2. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

May 19, 2017

Udang goreng bread crumb

Minta maaf kepada pemilik asal resepi. Saya sudah lupa di mana saya ambil resepi ini. Tetapi resepi ini telah menjadi favourite saya sekeluarga. Terima kasih ya..





Udang goreng breadcrumb

Bahan-bahan
1. Udang - dibuang kulit kecuali bahagian ekor
2. Serbuk roti secukupnya
3. Tepung gandum secukupnya
4. Sebiji putih telur
5. Sedikit lada sulah
6. Sedikit serbuk cili (jika suka)
7. Garam
8. Sedikit kunyit
9. Minyak menggoreng

Cara-cara
1. Bersihkan udang
2. Gaul udang dengan garam dan sedikit kunyit
3. Satukan tepung, lada sulah dan serbuk cili.
4. Salutkan udang dengan tepung dan golek-golekkan.
5. Celupkan udang dalam telur.
6. Golekkan dalam serbuk roti
7. Boleh disimpan udang dalam bekas kedap udara dan simpan dalam fridge.
8. Goreng dalam minyak terendam.

Ikan tiga rasa

Resepi ini saya ambil dari 'amirahhananni.blogspot.com. Apabila saya simpan resepi ini di blog saya bermakna resepi ini telah saya cuba dan ianya pasti sedap. Cuba lah..Terima kasih kepada pemilik resepi.

Sumber: Amirah Hananni




BAHAN UNTUK IKAN
-seekor ikan siakap
-minyak masak(untuk goreng ikan)
-sedikit tepung jagung(untuk lumur pada ikan siakap)
-cukup rasa dan garam secukunya(untuk lumur ada ikan)
-serbuk secukup rasa/kiub bilis - saya tambah

BAHAN UNTUK KUAH
-2 biji bawang merah - dipotong dadu
-6 biji bawang putih - dicincang halus
-5 biji cili padi - dipotong kecil   - saya guna 1 biji sahaja
-1 inci halia - dihiris halus
-1 biji tomato - dipotong dadu
-sedikit nenas- diotong dadu
-4 sudu besar sos tomato
-4 sudu besar sos cili thai
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos ikan
-2 batang serai -diketuk
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
-Ajinomoto secukup rasa
-Gula secukup rasa
-sedikit cukup rasa maggi
-Minyak untuk menumis
**saya masukkan perahan limau kasturi (1/2 biji sahaja)

CARA MEMBUATNYA

1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan

2.  Lumurkan ikan dengan serbuk cukup rasa dan sedikit garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.

3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan

4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.

5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, . Kacau sebentar.

6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas.

7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.

8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Masukkan perahan 1/2 biji limau kasturi

9.Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.

April 26, 2017

Ayam goreng berempah

Saya telah mencuba resepi ayam berempah ini. Sedap dan pasti menjadi resepi simpanan saya untuk dimasak lagi selepas ini. Sebenarnya telah lama saya mencari resepi ayam dengan rupa dan rasa sebegini.

Sumber: www. detikdaily.net

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong kecil
5 sudu besar pes halia dan bawang putih - sukatan diratakan
1 biji telur
5 sudu besar serbuk cili - sukatan diratakan
1 sudu besar serbuk ketumbar - diratakan
1 sudu besar serbuk jintan manis - diratakan
garam
tepung beras

Cara-cara
1. Gaul semua bahan di atas kecuali tepung beras dan perap 30 minit
2. Tabur tepung beras (ingat : TABUR bukan gaul dalam tepung beras, sebab  ianya mempengaruhi texture ayam)
3. Goreng


Ayam golek

Resepi ini saya ambil dari 'Dapur Mahamahu'. Saya telah mencubanya, ternyata sedap dan pasti saya akan menggunakan resepi ini untuk menu mingguan saya.

Sumber: Dapur Mahamahu

Bahan-bahan
1 ekor ayam - saiz kecil dan dibelah dua (jangan terputus)
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
2 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
2 sudu serbuk jintan manis
2 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk herba campur (saya tumbuk lumat kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan buah pala)
4 sudu madu
2 sudu teh garam
50gram butter

Cara-cara
1. kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga hancur
2. campur semua bahan kisar dengan bahan serbuk iaitu jintan manis, lada hitam, herba campur, sos tiram, kicap manis dan madu.
3. Lumur semua bahan kepada ayam.
4. Perap ayam 2-3 jam.
5. Letak ayam atas tray membakar. Tutup menggunakan aluminium foil. Cucuk aluminium foil dengan garfu utk lubang kitaran haba.
6. Bakar 200'c, api atas bawah 30-40 minit, bergantung kepada oven.
7. Setelah 40 minit, buka aluminium foil dan sambung bakar pada suhu 170-180'C selama 20 minit.

April 18, 2017

Kek berhantu

Chocolate Cheese Lava Cake
Rujukan: Chef Asma Nordin
Di ambil dari : Azlita Masammanis.
Kek Coklat Moist Anis 
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung / masak
1 cwn susu pekat manis
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula halus /castor  (saya kurangkan gula ni)

2 biji telor A - pukul dgn whisk dlm bekas berasingan.

1 cwn tepung
1/2 st baking soda
1/2 st baking powder
1/4 st garam
- Diayak bersama.

1. Satukan susu cair, susu pekat, minyak, gula dan serbuk koko ke dalam periuk dan masak dengan api berlahan sehingga gula larut.

2. Masukkan telur yang telah dipukul, masak sekejap aje dgn api perlahan.

3. Masukkan tepung dan kacau rata. Masak sekejap aje dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus atau pun dibakar. 
 
-  Jika hendak bakar lebih baik guna UHT Whipping Cream supaya kek lebih moist - kaedah steam bath dan fresh milk atau susu caik untuk kek kukus.

 

Krim Cheese

250g cheese
500g UHT whipping cream
3 sudu besar susu pekat manis

- Satukan cheese dan susu pekat dan pukul sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan uht whipping cream dan putar sehingga kental sahaja.
- Jangan pukul lama sangat nanti uht whipping cream cair balik kalau terlebih pukul.


Coklat Leleh

250g coklat masakan
250ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh madu/ golden syrup
1 sudu besar butter
1 sudu besar nuttela/ hazelnut paste
1 sudu teh esen vanila.

- Satukan coklat, butter dan nuttela ke dlm mangkuk
- Panaskan UHT whipping cream dan madu sehingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
- Biarkan coklat mencair
- Tambah esen vanila dan kacau rata
- Biarkan sejuk.


Cara-caranya.

1. Kek hendaklah betul-betul sejuk  dan di potong 2 - jika hendak letak cheese kat tengah.

2. Ambil sedikit krim cheese (2sb) dan letakkan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan masukkan dlm piping beg untuk hiasan atas kek.

3. Letakkan krim cheese di antara 2 keping kek yg telah di potong dan di atas kek.

4.Ratakan cheese di atas kek dan simpan sekejap dalam peti sejuk sehingga cheesenya keras sedikit.

5. Bila cheese dah keras bolehlah tuangkan coklat leleh diatasnya.

6. Gunakan krim cheese coklat dalam piping beg untuk buat hiasan atas kek.

7. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.

8. Simpan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan bolehlah di kendurikan.


 

April 2, 2017

Kari ikan

Resepi ini telah saya cuba dan betul seperti kata pemilik blognya, kari ikan ini memang sedap.

Resepi asal adalah seperti di duniasuri.com


Source: duniasuri.com
Mohon saya copy n paste ya.

Kepala ikan dari sekor ikan + 2 atau 3 ketul bahagian badan ikan atau apa jua jenis ikan (sedapnya guna ikan temenung atau ikan jenahak, nyok-nyok putih sebab secara sendirinya kuah akan jadi manis sebab ikan tu manis selain lembut)
11 kacang bendi
1 biji tomato belah 4
1 biji cabai hijau (dalam gambar takde pulak)
1 batang pokok daun saderi (ambil sekerat saja bahagian bawah yang ada akar)
1 batang pokok daun bawang (ambil sekerat saja bahagian bawah yang ada akar)

Bahan Tumis
1 pelepah daun kari
1 ulas bawang merah sederhana besar (hiris halus)
1 ulas bawang putih (hiris halus)
1/2 sudu kecil halba campur
Nak mudah, tumbuk dulu jintan putih + jintan manis + lada hitam + serbuk kunyit. Kemudian tumbuk skali bawang merah dan bawang putih.
Bahan Tumbuk/Kisar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah yang kecil
1/2 sudu kecil kfc  jintan putih
1/4 sudu kecil kfc jintan manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1/4 sudu kecil kfc serbuk kunyit

3 sudu besar atau 1 peket kecil rempah kari ikan ( boleh juga guna rempah giling)
1 sudu besar garam atau secukup rasa
5 sudu besar santan
air asam
1 1/2 – 2 gelas air
3-4 sudu besar minyak masak


 tumbuk dulu jintan putih + jintan manis + lada hitam + serbuk kunyit. Kemudian tumbuk skali bawang merah dan bawang putih.

Campur rempah kari dalam bahan tumbuk tadi, dan masuk sikit air. Kacau sebati. Anak teruna tolong mama masak 

Goreng tanpa minyak dulu halba campur sampai kering air dalam periuk (sebab kita basuh dulu semua bahan sebelum masak ye)

Kemudian baru masuk minyak masak dan bahan hiris + daun kari sampai bawang naik bau dan kekuningan.

Kemudian masuk air asam. Asam jawa yang mama fas jenis yang dalam plastik bulat. Bukan yang jenis beli kat kedai/supermarket dalam plastik tu. Jenis plastik bulat ni guna sikit saja dah masam. Kalau yang jenis paket tu guna segenggam yang ni guna separuh saja
Masuk air dalam 1 setengah gelas air. Biar didih

Kemudian masuk santan. Biar didih sekejap saja, masuk akar batang daun sup dan daun bawang.

Masukkan bendi + cabai hijau dan biar sekejap dalam 5 minit.

Masukkan ikan.