July 27, 2013

pizza mini



Bak kata Chef Wan, orang kita memang gemar bersnek sebelum dan selepas makan. Kali ini saya sertakan resepi dan cara membuat pizza sendiri di rumah. Resepi ini adalah dari buku : "Hidangan kegemaran Chef Wan". Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga amat menggemari pizza. Kalau diberi pilihan anak-anak saya akan memilih pizza berbanding nasi sebagai makan malam mereka. Jom kita tengok resepinya!



 
 
Bahan-bahan:
30 gram yis kering
1 sudu teh gula pasir
250 ml / 1 cawan air suam
450 gram / 4 cawan tepung roti
1/4 sudu teh garam
4 sudu teh minyak zaitun

*Sos tomato - saya gantikan dengan Sos Bolognese

Cadangan hiasan atas:
nenas - saya ambil nenas dalam tin
cendawan butang - cendawan dalam tin
capsicum
sosej
isi ketam -crab stick
isi ayam
bawang
keju  mozzarella parut

Cara-cara:
1. Larutkan yis dan gula dengan air suam dan ketepikan selama 10 minit.
2. Ayak tepung bersama garam ke dalam mangkuk. Tambah bancuhan yis dan minyak zaitun. Uli
    selama 10 minit. ( saya uli selama 20 minit, lebih lama lebih lembut)..
3. Biarkan doh naik sekali ganda, kira-kira 1 jam di tempat yang agak panas. (saya biarkan sehingga
    2 jam)
4. Tumbuk doh, uli selama 5 minit dan biarkan naik lagi selama 30 minit.
5. Canai doh dan bubuh di atas dulang pizza. Sapukan sos Bolognese dan tambah bahan hias atas.
6.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada 160'C selama 20 minit atau sehingga keju mula
    berbuih dan dasar pizza masak.
 

July 22, 2013

Spagheti Bolognese

Kali ini saya mahu mengajak pembaca mencuba resepi Spagheti Bolognese dari Puan Roza Roslan (Penulis buku Bukan Sekadar Resepi). Hidangan ini saya sediakan pada hujung minggu lepas tetapi hanya sempat saya update dalam blog  seminggu berikutnya. Sememangnya hujung minggu adalah masa untuk saya menyediakan hidangan yang memenuhi selera anak-anak.

Menarik mengenai sos Bolognese ini adalah sos yang sama akan saya gunakan jika membuat pizza. Resepi pizza akan saya update jika berkesempatan nanti!



Bahan-bahan:
500gm spageti
30gm mentega
10 sudu besar (60gm) parutan keju Parmesan

Sos Bolognese:
500gm daging cincang
2 x 400gm plum tomato (dalam tin)
250ml jus lemon (dari sebiji lemon besar)
4 sudu besar puri tomato
3 sudu besar minyak zaitun
2 biji bawang besar  (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 batang lobak merah (dicincang kasar)
3 batang seleri (dicincang kasar) - saya hanya menggunakan 2 batang seleri sahaja
1 helai daun bay
3 tangkai parsli
1/2 sudu kecil oregano (mixed Italian herbs jika suka)
Garam, gula dan lada sulah secukupnya.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk besar dengan api yang sederhana.
2.Masukkan bawang besar, bawang putih, lobak merah dan saderi. Goreng anggaran 6 minit atau 
   sehingga bawang lembut/layu.
3.Masukkan daging cincang dan goreng rata agar daging tidak berketul. Leraikan daging cincang
   sehingga berderai sekata dan kering airnya.
4. Masukkan plum tomato yang dicincang kasar, tomato puri, jus lemon, oregano, daun bay dan
    parsli. Masukkan garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
5. Biarkan sehingga mendidih dan merenih perlahan selama sejam sehingga sos pekat.
6. Keluarkan daun bay dan parsli. Tambahkan secawan air jika terlalu pekat. Taburkan 6 sudu keju
    Parmesan. Angkat dan ketepikan.
7. Sementara itu, didihkan air didalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan 2 sudu minyak masak.
    Rebus spageti dalam anggaran 10 minit atau sehingga lembut mengikut penerangan yang
    dinyatakan pada paket.
8. Sejatkan airnya dan masukkan ke dalam mangkuk hidang. Gaulkan dengan mentega dan taburkan
    4 sudu besar keju Parmesan ke atasnya.
9. Untuk hidangan, curahkan sos Bolognese ke atasnya. Parutkan keju Parmesan.
 

July 15, 2013

Roti Kismis

Saya tidak pernah terpikir untuk membuat roti sendiri sehinggalah jiran berbangsa cina disebelah rumah memperkenalkan saya dengan Bread maker. Setelah 2-3 kali beliau menghantar roti ke rumah saya, teringin pula saya untuk membuat roti sendiri. Ini adalah di antara roti yang sempat saya cuba menggunakan Bread maker saya sebelum kita menyambut Ramadan lalu.


My new kitchen helper.


Menu minum petang dihujung minggu!
 
Bahan-bahan:

100 gm kismis
400 ml air
500 gm tepung roti putih
50 gm tepung roti wholemeal
50 gm gula perang
50 gm  mentega - dipotong kecil
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 1/4 sudu teh yis
1 sudu teh serbuk kayu manis
telur yang dipukul untuk disapu pada roti.

Cara-cara:

1. Rendam 25gm kismis di dalam air panas selama 10 minit. Tapis dan ketepikan.
2.Masukkan semua bahan kecuali kismis, serbuk kayu manis dan telur untuk sapuan ke dalam mesin roti. Bahan dimasukkan satu persatu mengikut urutan bahan di atas.
3. Pada mesin roti, tetapkan  fungsi mesin seperti berikut:
            - Function: Basic
            - Loaf size: Medium
            - Crust: Medium
4. Apabila bunyi alarm kedengaran setelah separuh masa doh diuli, masukkan kismis dan  serbuk kayu manis.
5. Sapu bahagian atas roti dengan telur yang telah dipukul sebelum roti mula dibakar.
6. Keluarkan roti segera sebaik sahaja roti siap dibakar.

Nota:
Roti ini adalah kurang manis. Jika mahu roti yang lebih manis, tambah 25 gm gula.



 

July 14, 2013

Ayam Bakar

Ayam bakar ini di antara menu yang menjadi pilihan saya untuk keluarga  bila sudah buntu memikirkan menu yang hendak dimasak.  Ayam bakar! Bagi saya memasak menggunakan oven membuatkan kerja mengemas dapur lebih  mudah memandangkan tiada percikan minyak berbanding jika menggoreng atau menumis di atas dapur.

Ayam ini boleh dimakan bersama dengan nasi atau pun  roti. Anak-anak saya pula, ayam ini dimakan begitu saja. Ayam sudah habis, nasi masih penuh dipinggan!
 


 
Bahan-bahan:
 
Bahan A
500 gram ayam – dipotong sederhana
1 labu bawang putih – kupas kulit sahaja jangan dihiris
5 ulas bawang merah – kupas kulit sahaja jangan dihiris
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil perahan lemon
1 sudu besar minyak zaiton + tambahan untuk disapu pada ayam

Bahan B
3 biji kentang – dipotong 3
1 biji carrot –dipotong kasar
1 biji terung bulat – dipotong bulat
Bawang besar – dipotong 4
Bawang putih - dikupas kulit sahaja.

Cara-cara

1.       Panaskan oven pada suhu 200’C.
2.       Bawang putih dan merah digoreng dengan 1 sudu minyak zaiton sehingga kekuningan.
3.       Angkat dan tumbuk bawang ini dan lumur pada ayam.
4.       Masukkan lada hitam tumbuk, garam, gula, perahan lemon dan baki minyak menggoreng bawang tadi ke dalam ayam yang telah dilumur dengan bawang.
5.       Perap 15 minit.
6.       Kemudian masukkan ayam bersama kentang, bawang besar dan bawang putih (dari Bahan B)  ke dalam dulang pembakar  dan sapu ayam dengan minyak zaiton. Bakar selama 30 minit.
7.       Selepas 30 minit, masukkan carrot dan terung. Sapu ayam sekali lagi dengan minyak zaiton. Teruskan bakar 30 minit lagi atau sehingga ayam masak.

 

July 8, 2013

Red Velvet Cup Cake

Cup cake ini memang menjadi kegemaran anak-anak. Keknya yang lembut ditambah dengan cream cheese di atasnya pasti berbaloi menyediakannya. Resepi ini adalah dari Puan Lynn Hassan. Bagi yang sudah lama dalam bidang membuat cup cake pasti tidak asing lagi dengan nama beliau. Selamat mencuba!

Sedap juga dimakan walaupun tanpa cream cheese topping.
 
 


Yummy!!



Bahan-Bahan:
250gm tepus halus
1 sudu teh  serbuk penaik
2 sudu teh serbuk koko
50gm walnut cincang  (saya abaikan kerana anak-anak tidak gemar kacang)
113gm mentega
150gm gula castor
1 sudu teh vanilla
2 biji telur

(Buttermilk)
240ml susu cair
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu teh cuka

Cara membuat buttermilk sendiri:
Campurkan susu cair dan cuka, biarkan selama 10 minit
Kemudian, masukkan pewarna merah.

Tambahan:
1 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bicarbonate

Cara membuat:
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Selepas ayak, masukkan walnut dan gaul.
Ketepikan seketika.
2.Pukul mentega, gula kastor dan vanilla sampai gula hancur. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai kembang.
3.Campurkan 'buttermilk' berselang-seli dengan bahan tepung yang diayak ke dalam bancuhan.
4. Dalam bekas kecil lain, masukkan bahan tambahan seperti serbuk penaik, kemudian  tuangkan cuka. Apabila habis buih, masukkan bahan ini dalam adunan pertama tadi.
5. Timbang adunan pada setiap kertas cawan bernombor 12 sebanyak 60gm. Bakar selama 23 minit dengan suhu 160'C.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan ising keju/cheese.

Nota:
-Saya menggunakan kertas cawan yang lebih kecil, iaitu bahagian bawah cawan yang berukuran 3cm. Timbang 13gm untuk setiap kertas cawan dan bakar 10 minit pada suhu 150'C.

Ising keju/cheese:
180gm krim keju/cheese
35gm mentega
100gm gula ising.

Cara membuat:
1. Putar krim keju dan mentega sampai kembang.
2. Masukkan gula ising dan kacau rata.

 

July 4, 2013

Ikan Bakar Cencaluk


Resepi ini, saya perolehi daripada officemate.  Katanya resepi ini diberi oleh seorang Chef yang bekerja di sebuah hotel di Bangi.

Saya telah mencubanya. Resepi ini memang sedap. Cukup lengkap rasanya dengan masin dari cencaluk, manis dari kicap dan masam dari sos tomato. InsyaAllah saya akan sediakan lagi untuk keluarga dengan menggantikan ikan kepada sotong dan udang pula.

Ikan Bakar Cencaluk

Ikan - 1 kg (boleh ikan pari, kembung dll)

Bahan A
Bawang merah - 10 biji
Bawang putih - 6 biji
Serai - 3 batang
Halia
Lengkuas
Cili kisar - 3 sudu (jika mahu pedas, boleh tambah cili padi)

Bahan B
Sos cili
Sos tomato
Kicap manis
Cencaluk - suku  botol

Bahan C
Daun kunyit - 1 helai dihiris nipis
Daun limau purut - 2-3 helai dihiris nipis
Perahan limau kasturi

Cara-cara
1. Kisar semua Bahan A
2. Tumis Bahan A yang telah dikisar tadi sehingga kering
3. Masukkan Bahan B dan adjust rasa masin (cencaluk), manis (kicap)  dan masam (sos tomato)
4. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan masak sehingga daun lembut.
5. Perasakan dengan perahan limau kasturi.
6. Apabila telah masak, angkat dan lumurkan pada ikan.
7. Bungkus ikan dengan Aluminium foil dan bakar atas dapur. Nak masuk oven pon boleh.

Paste ikan bakar ini boleh disediakan lebih awal. Simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Ianya lebih menjimatkan masa terutamanya ketika bulan puasa.