Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

February 19, 2018

Sotong goreng tepung

Sotong gorengg tepung

Sotong gorengg tepung juga merupakan kegemaran anak-anak sekiranya kami sekeluarga makan di luar. Hari ini saya mencari resepi ini di internet. Saya hanya menyimpan dulu resepi ini dan belum sempat untuk mencubanya.

Kepada pemilik resepi, terima kasih diucapkan. Mohon maaf kerana saya tidak simpan address resepi kerana saya hanya screenshot 'bahagian' bahan-bahannya dalam hp.

Bahan-bahan:
4 ekor sotong- saiz sederhana besar
3 sudu besar tepung beras
1 biji telur dipukul sedikit
serbuk lada hitam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
garam-digaul dalam tepung dan dengan sotong

Cara-cara:
-siang sotong. Hiris kasar. Tos betul-betul kering untuk elak meletup ketika digoreng. Gaul dengan sedikit garam.
-campur semua jenis tepung, serbuk lada hitam & putih dan garam.
-ambil secukupnya campuran tepung tadi dan campurkan dengan telur yang dipukul.
-panaskan minyak.
-gaul sotong dengan campuran telur dan tepung tadi.
-ambil sekeping-sekeping hirisan sotong yang dah digaul dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
-goring dalam minyak panas.

*goring sotong dalam minyak penuh dan panas sempurna kerana bila kurang minyak sotong akan lembik dan berminyak.

June 12, 2017

Sambal udang

Sambal udang/sotong
 
Resepi ini saya ambil dari hanamemories. Kata hana, resepi asal adalah dari blog ummizaihadi yang menggunakan sotong. Bagaimanapun resepi ini sangat sedap. Saya pasti menggunakan untuk resepi sotong pula selepas ini.
 
 
Bahan-bahan
 
Udang/sotong - gaul dengan garam n serbuk kunyit sedikit.
3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula Melaka  **jika takut terlebih manis, masukkan sedikit demi sedikit & rasa..
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
1 labu bawang besar - potong bulat
 
Cara-cara
Udang goreng separuh masak. 
Kuali lain,panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. 
Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam.
Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
Masukkan udang.
Biarkan masak sebentar.Masukkan pula bawang yang dipotong bulat.
Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.