May 1, 2020

Kari Ikan Makcik

Bahan:
Ikan merah 5 pcs
4 bawang merah - hiris nipis
2 bawang putih   - hiris nipis
Daun kari
Halba campur 1 sudu kecil
Serbuk kari 2 paket - bancuh dengan air
Santan segar 1 paket
Air asam jawa
Garam
Perasa
Minyak

Cara:
-tuang minyak dlm kuali. (Banyak pon takpe sbb boleh buang minyak lebih selepas kari  dah masak sebelum masuk air asam jawa / santan nanti.)

-tumis bawang merah dan bawang putih sampai hampir layu.
-masuk halba campur (tak masuk awal takut terlebih goreng jadi pahit)
-masuk serbuk kari
- masak sampai pecah minyak. (Ketika ini bulih buang minyak yg berlebihan).

-masuk air asam jawa dan tambah sikit lagi air dalam pes rempah yg sedang dimasak tu dan masak sampai pecah minyak semula.
- masuk santan yg telah dicampur dengan sikit air dan masak sampai pecah minyak semula.
-boleh tambah air bergantung kepekatan kuah yg dikehendaki.
-masuk ikan, masak mendidih.
-boleh tambah bendi atau tomato ketika ini.
-perasa dengan garam dan serbuk perasa.

Ayam Masak Merah Makcik

Bahan:
Ayam 1/2 ekor 
Cili                       - 5 sudu besar *
Bawang besar   - 1 biji*
Bawang merah - 4 biji*
Bawang putih   - 3 biji*
Sikit halia

**anggaran saya adalah utk dapat bahan blender ini 1 mangkuk.

Bunga lawang
Bunga pelaga
Bunga cengkih
Kayu manis
Serai                    - diketuk
4 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 sudu besar santan pekat (santan beli dalam plastik, baru cantik pecah minyak berbanding santan kotak) dibancuh jadi 1/2 cawan air.
1/2 kiub ayam
Gula perang
Garam

Cara:
-ayam digaul garam kunyit.
-ayam digoreng 3/4 masak.
-minyak yang sama guna utk tumis serai, b. lawang, cengkih  kayu manis & pelaga sampai wangi.
- Masukkan bahan blender dan tumis sampai pecah minyak.
- masuk sos tomato, sos tiram dan ayam dan terus masak sampai mendidih semula.
- masukkan santan dan masak lagi ssmpai rupa sambal cantik.
-perasakan dengan serbuk perasa ayam, gula perang dan garam.
-boleh hias dengan bawang besar & daun bawang.



April 26, 2020

Masak lemak cili udang

Masak lemak cili udang

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar.    *
5 ulas bawang merah. *
2 ulas bawang putih.   *
1 cili besar.                    *
5 cili api hijau               *
1.5 inci kunyit hidup   *
Belacan.                         *
* blender, anggaran dapat 1 mangkuk kecil correlle.

1 keping asam.
Serai.
Buncis
Carrot
Santan 1 kotak kecil bancuh dgn 2 mangkuk kecil corelle ibu tu
Minyak tumis
Garam, serbuk perasa, skit ja gula (kalau nak)

Cara:
-tumis bahan blender dan serai dengan sikit minyak.
-masuk bahan blender 1 mangkuk.
-masuk 2 mangkuk santan.
-masuk asam keping.
-masak sampai didih.
-masuk udang dan carrot.
-didihkan lagi.
-masuk buncis.
-perasa dengan garam, gula (kalau nak), serbuk perasa.


Sambal bilis petai makcik

Sambal bilis petai Makcik

Ikan bilis - 1 cawan, goreng dan ketepikan.

1 bawang besar *
3 bawang merah*
4 bawang putih  *
3 cili besar           *
7 cili api hijau   *
Petai
Belacan
Air asam jawa
Minyak banyak ok, boleh buang selepas masak. Penting utk cili masak sepenuhnya.

Cara:
-Blender bahan *
-tumis bahan blender sehingga pecah minyak.
-masuk air asam.
-masak didih.
-masuk petai.
-perasa dengan garam, gula, serbuk perasa.
-angkat, bila sejuk baru masuk ikan bilis.

August 10, 2019

Carrot walnut cake


Bahan-bahan:

4 biji telur (Gred A)- asingkan putih dan kuning
*putih telur utk dijadikan meringue
1 1/2 cawan -minyak sayur atau minyak jagung
130g - gula pasir halus (saya kurangkan menjadi 100g shj)
150g - gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan - lobak merah diparut halus bersama kulit  (Jangan perah airnya) ~ 2 batang

Bahan ayak:

250g tepung gandum
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 tsp garam

70g walnut - di bakar dan dicincang ~ bakar 180'C (8 min)
*tips: walnut tidak berbau- simpan dalam fridge.
1/4 tsp cinnamon - optional -saya tambah

Peralatan:
** adunan ini untuk 1 tray 10 x 10 .
Tray: - sapu shortening pada loyang
         - potong kertas minyak cukup lantai tray sahaja tanpa dilebihkan ditepi tray

Cara-cara:

-Masuk gula perang dan gula pasir halus - ratakan guna spatula
-Masuk kuning telur - kacau guna spatula
-Masuk carrot
-Masuk minyak
-Dengan spatula kacau sebati gula,telur, carrot & minyak.
-Masuk walnut.
-Masuk tepung
-Kacau semula dengan spatula
-Masukkan meringue
*masuk 1/3 dulu dalam adunan - boleh dikacau sebati terus dengan adunan carrot
 kemudian baru masukkan 2/3 tetapi hanya dikacau dengan kaedah 'Kaup balik'.
-Bakar pada suhu 170'C selama 40 minit atau hingga masak.
*Apabila masak, segera keluarkan kek dari tray spy kek tidak kecut (konsep sama sponge cake).

**My oven:
20 min - api atas bawah
10 min - api bawah shj

Cream cheese frosting:
150g cream cheese
70g butter (saya kurang kan menjadi 60g)
70g gula ising (saya kurangkan menjadi 50g)
1 tsp lemon juice

Cara-cara:
Pukul  cream cheese, butter, gula ising dan lemon juice sehingga ringan dan berkrim. 
Sapukan di atas kek yang telah sejuk.
*piping guna open star nozzle # 19 atau # 17.



May 30, 2018

Ayam Golek Pekan

Ayam Golek Pekan

Source: Pahang state palace
Modified by: windyinkk.blogspot.com

Ingredients:

1 whole chicken (1.5-1.8 kg)- I cut into several pieces.
10 shallots- peeled
5 cloves garlic- peeled
10 dried red chilies - seeds removed - I used 15
20gm ginger-clean weight
20gm galangal-lengkuas clean weight
10gm turmeric root-clean weight
1 tsp fenugreek -halba
1 candle nut (buah keras) - I used two
2 lemongrass- smashed
300ml coconut milk
50gm tamarind pulp-with seed + plus 1 cup water
1 cup water -  or more*
1 tsp salt
3-4 tsp sugar (may need more)

-Soak tamarind pulp with water for 10 mins. Strain the tamarind water.
-Place tamarind water, shallots, garlics, chili, ginger, galangal, turmeric and candlenut into a blender and blend until fine.
-Pour this into a wok.
-Put fenugreek, lemongrass, coconut milk, 1 cup water, salt and sugar  into the wok. Bring to a boil.
-Place chicken into the boiling gravy and bring to a boil.
-Remove chicken from the wok.
-Bake at  160'C for 7-10 mins
-Meanwhile, reduce the gravy until it looks thick. Taste it, if it too sour add more sugar (1 cup of sugar)
-Brush the chicken with 2/3 of the gravy
-continue baking another 7-10 mins

Daging Masak Hitam Chef Ismail

Daging Masak Hitam Chef Ismail

Pada asalnya saya mencari resepi daging masak hitam dari blog Puan Azlita 'masam manis'. Tapi terjumpa pula resepi Daging Masak Hitam Chef Ismail dari blog Pn Azlita. Saya telah mencubanya utk juadah berbuka puasa semalam. Sedap dan anak2 masih bertanyakan daging ini ketika sahur pagi tadi :p. Saya akan gunakan resepi ini lagi utk di masa2 akan datang. Terima kasih kepada Chef Ismail dan Pn Azlita!

Source: Chef Ismail

Bahan:
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar- dihiris
500 gm daging batang pinang - potong dadu atau ikut citarasa
*jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pon boleh tapi direbus dulu hingga empuk.
*boleh juga guna ayam, kambing

Bahan kisar halus:
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * atau 10 tangkai cili kering
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis -diketuk2 supaya blender tidak rosak

Sos:
4 sudu besar kicap pekat (saya letak lebih, anggaran 8 sudu)
*hati-hati dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak perlu garam dan gula lagi.
125ml pati santan - diperah daripada 1/2 biji kelapa parut * santan kotak pon boleh.
1 sudu the asam jawa - diramaas dalam 50ml air
1  kiub daging
garam
gula

Cara:
-pijarkan minyak dalam kuali
-goring hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
-angkat, toskan minyak dan ketepikan.
-dengan lebihan minyak yang sama,tumis bahan kisar hingga harum.
-masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk.
-tambah bahan-bahan sos dan kiub daging.
-kacau rata hingga kuahnya pekat
-perasakan dengan garam gula
-masukkan bawang besar yang telah digoreng tadi.
-angkat dan sedia dihidang.