April 26, 2020

Masak lemak cili udang

Masak lemak cili udang

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar.    *
5 ulas bawang merah. *
2 ulas bawang putih.   *
1 cili besar.                    *
5 cili api hijau               *
1.5 inci kunyit hidup   *
Belacan.                         *
* blender, anggaran dapat 1 mangkuk kecil correlle.

1 keping asam.
Serai.
Buncis
Carrot
Santan 1 kotak kecil bancuh dgn 2 mangkuk kecil corelle ibu tu
Minyak tumis
Garam, serbuk perasa, skit ja gula (kalau nak)

Cara:
-tumis bahan blender dan serai dengan sikit minyak.
-masuk bahan blender 1 mangkuk.
-masuk 2 mangkuk santan.
-masuk asam keping.
-masak sampai didih.
-masuk udang dan carrot.
-didihkan lagi.
-masuk buncis.
-perasa dengan garam, gula (kalau nak), serbuk perasa.


Sambal bilis petai makcik

Sambal bilis petai Makcik

Ikan bilis - 1 cawan, goreng dan ketepikan.

1 bawang besar *
3 bawang merah*
4 bawang putih  *
3 cili besar           *
7 cili api hijau   *
Petai
Belacan
Air asam jawa
Minyak banyak ok, boleh buang selepas masak. Penting utk cili masak sepenuhnya.

Cara:
-Blender bahan *
-tumis bahan blender sehingga pecah minyak.
-masuk air asam.
-masak didih.
-masuk petai.
-perasa dengan garam, gula, serbuk perasa.
-angkat, bila sejuk baru masuk ikan bilis.