August 21, 2015

Nasi Arab_Reen

Resepi ini saya nama kan "Nasi Arab_Reen" kerana diambil dari sahabat yang saya panggil Reen. Selamat mencuba!

NASI ARAB
3 cawan beras basmathi
3 cawan air

Dikisar (A)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sedikit air

Ditumis (B)
Buah pelaga
Lada hitam
Bunga cengkih
Bunga lawang 
Tomato 1 biji (potong) -masuk bila tumis dah garing
Ghee 2 sudu
Vege oil

1 kiub ayam
Garam

Cara-cara
-rendam beras 30 minit
-masuk 3 cawan air dan 3 cawan beras (perhatikan paras air sebelum beras kembang)

-tumis (A) dan (B)

-buang air beras tadi (perhatikan paras asal air sebelum beras kembang)
-masukkan  bahan yang telah ditumis (pastikan paras bahan tumis sama dengan paras asal air)
-tambah air sekadar sama dengan paras asal air beras
-kacau beras sekali sahaja sebelum beras kering sepenuhnya


AYAM HANITH
Dikisar kering tanpa air
 Lada hitam
Ketumbar biji
Jintan manis 
Jintan putih
* sukatan yang sama
Kunyit
Garam

Cara-cara
-perap sebentar ayam dengan bahan kisar
-bungkus ayam dengan aluminium foil (saya tambah sedikit kiub ayam dalam bungkusan Al foil)
-dikukus sehingga 2.5 - 3 jam


SOS TOMATO
Dikisar
6 biji tomato
Secekak daun ketumbar
3 biji lemon- ambil perahan airnya
cili padi
garam dan gula