February 19, 2018

Sawi goreng

Sawi gorengg

Tetiba saja hari ini saya teringin makan sawi yang digoreng kering dengan telur. Sedapnya bila dimakan panas2. Saya terjumpa resepi ini di internet. Terliur saya apabila melihat gambar yang disertakan. Sedap dan sedap. Itu saja yang boleh saya katakan.

Terima kasih kepada pemilik asal resepi. Maaf ya kerana saya tidak simpan address resepinya. Apapon memang sedap apabila dimakan bersama nasi panas.

Bahan-bahan:
bawang merah
bawang putih
sayur sawi
telur
garam

Cara-cara:
-gorengg garing bawang putih dan merah
-masuk batang sawi
-goring sampai sedikit layu
-masukkan daun sawi
-masukkan garam + telur
-goring sampai garing tidak berair.


Sotong goreng tepung

Sotong gorengg tepung

Sotong gorengg tepung juga merupakan kegemaran anak-anak sekiranya kami sekeluarga makan di luar. Hari ini saya mencari resepi ini di internet. Saya hanya menyimpan dulu resepi ini dan belum sempat untuk mencubanya.

Kepada pemilik resepi, terima kasih diucapkan. Mohon maaf kerana saya tidak simpan address resepi kerana saya hanya screenshot 'bahagian' bahan-bahannya dalam hp.

Bahan-bahan:
4 ekor sotong- saiz sederhana besar
3 sudu besar tepung beras
1 biji telur dipukul sedikit
serbuk lada hitam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
garam-digaul dalam tepung dan dengan sotong

Cara-cara:
-siang sotong. Hiris kasar. Tos betul-betul kering untuk elak meletup ketika digoreng. Gaul dengan sedikit garam.
-campur semua jenis tepung, serbuk lada hitam & putih dan garam.
-ambil secukupnya campuran tepung tadi dan campurkan dengan telur yang dipukul.
-panaskan minyak.
-gaul sotong dengan campuran telur dan tepung tadi.
-ambil sekeping-sekeping hirisan sotong yang dah digaul dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
-goring dalam minyak panas.

*goring sotong dalam minyak penuh dan panas sempurna kerana bila kurang minyak sotong akan lembik dan berminyak.

Udang butter

Udang butter

Butter prawn memang kegemaran anak-anak. Bukan saja anak-anak, malah kita orang dewasa juga pasti menggemarinya memandangkan rasa bahan  bagi menyediakan masakan ini yang 'mewah' dan 'berkrim'.

Mohon maaf kepada pemilik asal resepi. Saya tidak simpan address asal resepi ini. Apapun resepi ini memang sedap. Cubalah!

Bahan-bahan:
10-20 ekor udang
5 tangkai daun kari- saya guna 1 tangkai
6-8 tangkai cili padi-dihiris  - saya guna 1 sahaja
3 ulas bawang putih-dicincang
sedikit lada sulah
sedikit butter/margerin
garam
serbuk lada hitam/putih-jika suka
1/4 cawan susu cair/susu segar
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
-gaul udang dengan garam dan lada sulah.
-goring hingga masak.
-keluarkan minyak dari kuali kerana tak nak guna lagi

-panaskan butter.
-tumis cili padi, daun kari, bawang putih hingga naik bau
-masukkan susu cair dan masak sekejap.

-masukkan udang, serbuk lada dan sedikit garam (jangan terlebih garam kerana butter sudah masin)
-masak hingga masak

sarang telur:
2 biji kuning telur
minyak
butter

-panaskan minyak dan butter hingga betul2 panas.
-masukkan kuning telur sambil dikacau laju dalam bulatan arah jam.
-bila 'sarang telur' masak, angkat dan tabor atas udang.

Rempah Ikan bakar

Rempah Ikan Bakar

Hari ini husband minta masakkan ikan bakar. Sebenarnya saya jarang sediakan hidangan ikan bakar kepada keluarga. Anak-anak lebih gemar masakan ikan secara 'deep fry' berbanding bakar. Setelah saya cari resepi di internet, saya terjumpa resepi Ikan bakar ini. Saya telah mencubanya, ternyata sedap. Apatah lagi cara penyediaannya yang mudah dan ringkas.

Maaf kepada pemilik resepi, saya tidak ingat di mana 'address' resepi kerana saya hanya 'screenshot' resepi ini dihp saya ketika mula-mula mencubanya.  Menurut pemilik resepi, cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan saja dan jangan nak tambah ramuan atau rempah ratus lain nanti rasa ikan bakar berlainan dari yang kita inginkan. Namun saya telah menambahkan gula dalam bahan-bahan di bawah.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan
1 sudu besar cili kisar
3 batang serai
3 biji bawang merah
1sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
(tambahkan lada jika ingin rasa yang pedas)
Gula - saya tambah

* kisar semua bahan di atas
* masak bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pekat- saya tambah.


Cara-cara:
-Bersih ikan dan kelar.
-Gaul semua bahan kisar dan perap pada ikan selama 20 minit.
-Lumur sedikit minyak pada permukaan ikan dan bakar sehingga ikan masak sambal renjis minyak pada ikan.

* Saya masak terlebih dahulu bahan kisar sebelum di lumur dan dibakar dengan ikan..