May 19, 2017

Udang goreng bread crumb

Minta maaf kepada pemilik asal resepi. Saya sudah lupa di mana saya ambil resepi ini. Tetapi resepi ini telah menjadi favourite saya sekeluarga. Terima kasih ya..





Udang goreng breadcrumb

Bahan-bahan
1. Udang - dibuang kulit kecuali bahagian ekor
2. Serbuk roti secukupnya
3. Tepung gandum secukupnya
4. Sebiji putih telur
5. Sedikit lada sulah
6. Sedikit serbuk cili (jika suka)
7. Garam
8. Sedikit kunyit
9. Minyak menggoreng

Cara-cara
1. Bersihkan udang
2. Gaul udang dengan garam dan sedikit kunyit
3. Satukan tepung, lada sulah dan serbuk cili.
4. Salutkan udang dengan tepung dan golek-golekkan.
5. Celupkan udang dalam telur.
6. Golekkan dalam serbuk roti
7. Boleh disimpan udang dalam bekas kedap udara dan simpan dalam fridge.
8. Goreng dalam minyak terendam.

Ikan tiga rasa

Resepi ini saya ambil dari 'amirahhananni.blogspot.com. Apabila saya simpan resepi ini di blog saya bermakna resepi ini telah saya cuba dan ianya pasti sedap. Cuba lah..Terima kasih kepada pemilik resepi.

Sumber: Amirah Hananni




BAHAN UNTUK IKAN
-seekor ikan siakap
-minyak masak(untuk goreng ikan)
-sedikit tepung jagung(untuk lumur pada ikan siakap)
-cukup rasa dan garam secukunya(untuk lumur ada ikan)
-serbuk secukup rasa/kiub bilis - saya tambah

BAHAN UNTUK KUAH
-2 biji bawang merah - dipotong dadu
-6 biji bawang putih - dicincang halus
-5 biji cili padi - dipotong kecil   - saya guna 1 biji sahaja
-1 inci halia - dihiris halus
-1 biji tomato - dipotong dadu
-sedikit nenas- diotong dadu
-4 sudu besar sos tomato
-4 sudu besar sos cili thai
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos ikan
-2 batang serai -diketuk
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
-Ajinomoto secukup rasa
-Gula secukup rasa
-sedikit cukup rasa maggi
-Minyak untuk menumis
**saya masukkan perahan limau kasturi (1/2 biji sahaja)

CARA MEMBUATNYA

1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan

2.  Lumurkan ikan dengan serbuk cukup rasa dan sedikit garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.

3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan

4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.

5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, . Kacau sebentar.

6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas.

7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.

8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Masukkan perahan 1/2 biji limau kasturi

9.Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.