May 1, 2020

Kari Ikan Makcik

Bahan:
Ikan merah 5 pcs
4 bawang merah - hiris nipis
2 bawang putih   - hiris nipis
Daun kari
Halba campur 1 sudu kecil
Serbuk kari 2 paket - bancuh dengan air
Santan segar 1 paket
Air asam jawa
Garam
Perasa
Minyak

Cara:
-tuang minyak dlm kuali. (Banyak pon takpe sbb boleh buang minyak lebih selepas kari  dah masak sebelum masuk air asam jawa / santan nanti.)

-tumis bawang merah dan bawang putih sampai hampir layu.
-masuk halba campur (tak masuk awal takut terlebih goreng jadi pahit)
-masuk serbuk kari
- masak sampai pecah minyak. (Ketika ini bulih buang minyak yg berlebihan).

-masuk air asam jawa dan tambah sikit lagi air dalam pes rempah yg sedang dimasak tu dan masak sampai pecah minyak semula.
- masuk santan yg telah dicampur dengan sikit air dan masak sampai pecah minyak semula.
-boleh tambah air bergantung kepekatan kuah yg dikehendaki.
-masuk ikan, masak mendidih.
-boleh tambah bendi atau tomato ketika ini.
-perasa dengan garam dan serbuk perasa.

Ayam Masak Merah Makcik

Bahan:
Ayam 1/2 ekor 
Cili                       - 5 sudu besar *
Bawang besar   - 1 biji*
Bawang merah - 4 biji*
Bawang putih   - 3 biji*
Sikit halia

**anggaran saya adalah utk dapat bahan blender ini 1 mangkuk.

Bunga lawang
Bunga pelaga
Bunga cengkih
Kayu manis
Serai                    - diketuk
4 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 sudu besar santan pekat (santan beli dalam plastik, baru cantik pecah minyak berbanding santan kotak) dibancuh jadi 1/2 cawan air.
1/2 kiub ayam
Gula perang
Garam

Cara:
-ayam digaul garam kunyit.
-ayam digoreng 3/4 masak.
-minyak yang sama guna utk tumis serai, b. lawang, cengkih  kayu manis & pelaga sampai wangi.
- Masukkan bahan blender dan tumis sampai pecah minyak.
- masuk sos tomato, sos tiram dan ayam dan terus masak sampai mendidih semula.
- masukkan santan dan masak lagi ssmpai rupa sambal cantik.
-perasakan dengan serbuk perasa ayam, gula perang dan garam.
-boleh hias dengan bawang besar & daun bawang.