February 29, 2016

ayam kukus masak kicap dan halia

Resepi ini saya ambil dari blog crazymoney71blogspot. Saya olah sedikit mengikut kesesuai keluarga. Satu lagi resepi kukus yang saya labelkan sebagai menu sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak. Saya memasak resepi ini menggunakan periuk Noxxa.

Bahan-bahan A:
-ayam dipotong kecil
-3 sudu sos tiram
-3 sudu kicap pekat
-2 sudu kicap cair
- 5 titik minyak bijan
-bawan putih, bawang merah, halia- dihiris
-sedikit air sahaja- jangan menutupi ayam
-1/3 kiub ayam -saya tambah
-lada hitam-ditumbuk- saya tambah

Bahan-bahan B:
Sayuran (saya tambah):
-carrot
-brokoli
-white button mushroom
-capsicum
-cili merah

Cara-cara:
-perap ayam bersama Bahan A selama 15 minit.
-masak Bahan A menggunakanm periuk Noxxa menggunakan fungsi 'High pressure' 13 minit.
-masukkan Bahan B (sayuran) ke dalam periuk Noxxa dan sambung masak menggunakan fungsi 'High pressure' dengan tambahan masa 2 minit lagi.
-angkat dan sedia dimakan.

 

February 27, 2016

mushroom soup

Mushroom soup

Saya mencubanya untuk pertama kali dan seluruh keluarga nampak sangat menggemarinya. Resepi ini juga diambil dari salah seorang blogger yang saya tidak simpan addressnya kerana kebiasaan saya adalah copy n paste resepi di internet dan menyimpannya di 'word' file terlebih dahulu. Bagaiamanapun terima kasih pemilik asal resepi ini. Resepi yang mudah dan ternyata sedap.

Bahan-bahan:
200gram cendawan shitake - saya campur bersama white button mushroom
sedikit butter
500 ml single cream atau fresh milk - saya guna 250ml full cream milk n 200ml cooking cream
Air- saya guna 750ml
12 sudu besar tepung gandum
garam -saya guna 1 1/3 sudu kecil garam
serbuk perasa (jika suka) - saya guna 1/3 kiub ayam

cara-cara:
-mushroom dihiris nipis
-panaskan butter dalam kuali
-masukkan mushroom dan masak sehingga layu.
-masukkan tepung dan kacau rata
-angkat mushroom dan blender bersama 500ml air
-tuang semula ke dalam periuk
-masukkan 250ml air, 500 ml fresh milk. (boleh tambah/kurang air mengikut kesesuaian)
-perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

siap untuk dihidangkan!

Ayam kukus halia

Ayam kukus halia

Resepi ini juga saya ambil dari internet. Mohon maaf kepada tuan asal resepi kerana saya sudah terlupa nama blognya. Resepi ini juga telah saya olah sedikit.  Resepi ini baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet sihat :)

Bahan-Bahan A

1/2 ekor ayam - potong 3
4 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus
1/3 kiub ayam
garam
minyak bijan

Bahan-Bahan B (Hiasan)
Brokoli
Carrot
Capsicum
Celery
Cendawan shitake*-saya rebus kemudian kukus utk hilangkan baunya

Cara-cara:
-Perap sebentar ayam dengan semua Bahan A
-Bungkus ayam dalam aluminium foil
-Kukus 40 minit ayam bersama Bahan Hiasan
-Angkat dan titiskan sedikit minyak bijan

Untuk resepi ini saya menggunakan periuk Noxxa
-ayam dibungkus dengan Aluminium foil
-letakkan rack pengukus
-masukkan air ke dalam periuk noxxa sehingga paras rack
-letakkan bungkusan ayam di atas rack
-tekan tutup tudung Noxxa sehingga bunyi 'klik'
-set tombol kepada 'steamer'
-tekan function steamer 15 X (15-20 minit)
-tekan button 'ON/OF"
-bila siap masak titiskan minyak bijan di atas ayam.

-Bahan-bahan B saya kukus berasingan mengunakan pengukus biasa.

kemudian hias ayam dengan bahan hiasan. Siap untuk di makan







 

February 21, 2016

Ikan bawal 3 rasa ala Thai

Resepi menjadi rujukan saya setiap kali memasak resepi ikan 3 rasa. Resepi ini adalah dari Haida Iman. Tidak rugi mencuba!

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal saiz besar - kelar badannya
3 ulas bawang putih - ketuk
2 tangkai cili padi - ketuk
3 sudu besar sos cili thai
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 hiris air asam limau nipis
sedikit air
Gula dan perasa

Bahan salut ikan-saya tambah
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
-boleh juga tambah tepung ubi

Hiasan:
1/2 biji bawang besar- dadu
1 inci halia- mayang halus
cili merah - potong dadu/halus
buah nenas- dadu
buah tomato -dadu
timun buang biji-dadu

Cara-cara:
-Ikan dikelar dan diperap garam dan kunyit. Saya alter caranya dengan salut ikan dengan tepung. (resepi di atas)
-Goreng dengan minyak banyak
-tumis bawang putih dan cili padi.
-masukkan kesemua sos.
-masukkan sedikit air
-masukkan gula dan perasa, limau nipis
-tutup api dan masukkan bahan hiasan
-curah sos ke atas ikan

Sedia untuk dinikmati!

 

Udang goreng kunyit

Resepi ini diambil dari internet yang mana saya terlupa address internetnya. Namun begitu terima kasih kepada tuan punya resepi..

Bahan:
Udang (goreng bersama serbuk kunyit dan garam) - ketepikan
daun limau purut
serbuk kunyit
bawang merah
bawang putih
halia
serai
cili padi (blend) - saya blend 1 biji cili padi saja
sos cili - saya letak 1 sudu besar
sos tomato - saya letak 1 sudu besar
sos tiram - saya letak 1 sudu besar

Cara-cara:
-tumis bawang  putih, bawan merah, halia, serai dan daun limau purut.
-masukkan sedikit air, serbuk kunyit, cili padi, sos tomato, sos cili & sos tiram.
-masukkan udang yang telah digoreng.
-seasonkan dengan garam

Siap utk dihidang bersama nasi panas.

Nasi Arab Noxxa

Resepi ini telah dicuba oleh saya. Ternyata sedap dan akan menjadi resepi simpanan saya. Resepi ini diambil dari blog 'dapur ustazah' yang famous bila diGoogle di internet. Saya copy n paste. Terima kasih Ustazah.


Bahan-bahan Ayam:
1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih - Saya beli 4 ketul drumstick & 3 ketul kepak ~ 1.2 kg. Saya
 kelar bahagian isinya.
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah (kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron

Cara penyedian ayam:
-Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning.
-Saya perap 30 minit.

Nasi:
4 cawan beras basmathi direndam 30 minit. - Saya guna 3 cawan saja.
3 sudu minyak zaiton/minyak sapi. - Saya guna 2 sudu minyak sapi.
4 1/2 cawan air. Saya guna 3 3/4 cawan air.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia (semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis - saya guna 1/4 cawan kismis
Rempah tumis - kayu manis, bunga lawing, pelaga, bunga cengkih
Sedikit kunyit/pewarna kuning
Garam secukup rasa. - saya guna 3/4 sudu besar garam
-4 sudu besar yogurt asli - saya tambah
-1 kiub ayam - saya tambah
-2 helai daun bay -saya tambah
-1 helai daun pandan-saya tambah
-sedikit gula-saya tambah
-Next time saya nak letak daun pudina

Cara penyediaan nasi:
-tumis bahan mesin dan rempah tumis. -saya tumis di kuali terlebih dahulu.
-masukkan air, kiub ayam, garam & gula. Kemudian masukkan yogurt.
-Kemudian masukkan semua campuran ini ke dalam periuk Noxxa.
-Masukkan beras, daun bay, daun pandan.
-Susun ayam di atas beras.
-Tutup periuk Noxxa sehingga bunyi 'klik' kedengaran.
-Tetapkan pelaras pada penunjuk 'Pressure'
-Tekan 'High Pressure' 7 minit.
-Tekan button ON/OFF utk hidupkan periuk Noxxa.
-Bila tamat masa 7 minit, tunggu 1- 2 minit. Release steam dengan tetapkan pelaras pada penunjuk 'Steam'.
-Keluarkan ayam sekejap. Titiskan pewarna dan taburkan kismis. Next time saya nak taburkan daun pudina. Kacau ringan sahaja.
-Masukkan semula ayam.
-Keluar periuk dari Noxxa untuk mengelakkan nasi berkerak kerana heater periuk mengambil masa untuk sejuk.

Sos:
1 biji tomato
5 biji cili besar hijau - saya tambah 1 biji cili padi hijau
1 tangkai ketumbar - saya guna 2 tangkai
Garam
Gula
Perahan Lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)

Salad Arab:
1 biji timun- potong dadu
2 biji tomato- potong dadu
1/2 perahan lemon - rasanya saya kurangkan sikit
garam
lada hitam secukup rata
Gaulkan semua bahan. Siap untuk dihidangkan.

Sedap dan selamat mencuba.

Agar-agar Laici

Resepi ini saya perolehi daripada salah satu blogger di internet. Tapi saya terlupa address blog beliau. Kata beliau resepi asal adalah dari Pn Liza. Tapi beliau telah menukarkan sukatan gelas kepada sukatan cawan metric. Saya telah mencuba resepi agar-agar ini. Sedap dan lazat. Nyum-nyum..

Bahan-bahan

10gram agar-agar serbuk
5 cawan air-cawan metrik
3/4 cawan gula-cawan metrik
1 tin laici -dikisar dengan 1 cawan air laici
1 tin susu cair

Cara
-Masak air, gula dan agar-agar serbuk sampai mendidih
-Padamkan api.
-Masukkan  laici yang telah dikisar.
-Masukkan susu cair.
-Masukkan dalam bekas agar-agar.