Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

May 1, 2020

Kari Ikan Makcik

Bahan:
Ikan merah 5 pcs
4 bawang merah - hiris nipis
2 bawang putih   - hiris nipis
Daun kari
Halba campur 1 sudu kecil
Serbuk kari 2 paket - bancuh dengan air
Santan segar 1 paket
Air asam jawa
Garam
Perasa
Minyak

Cara:
-tuang minyak dlm kuali. (Banyak pon takpe sbb boleh buang minyak lebih selepas kari  dah masak sebelum masuk air asam jawa / santan nanti.)

-tumis bawang merah dan bawang putih sampai hampir layu.
-masuk halba campur (tak masuk awal takut terlebih goreng jadi pahit)
-masuk serbuk kari
- masak sampai pecah minyak. (Ketika ini bulih buang minyak yg berlebihan).

-masuk air asam jawa dan tambah sikit lagi air dalam pes rempah yg sedang dimasak tu dan masak sampai pecah minyak semula.
- masuk santan yg telah dicampur dengan sikit air dan masak sampai pecah minyak semula.
-boleh tambah air bergantung kepekatan kuah yg dikehendaki.
-masuk ikan, masak mendidih.
-boleh tambah bendi atau tomato ketika ini.
-perasa dengan garam dan serbuk perasa.

February 19, 2018

Rempah Ikan bakar

Rempah Ikan Bakar

Hari ini husband minta masakkan ikan bakar. Sebenarnya saya jarang sediakan hidangan ikan bakar kepada keluarga. Anak-anak lebih gemar masakan ikan secara 'deep fry' berbanding bakar. Setelah saya cari resepi di internet, saya terjumpa resepi Ikan bakar ini. Saya telah mencubanya, ternyata sedap. Apatah lagi cara penyediaannya yang mudah dan ringkas.

Maaf kepada pemilik resepi, saya tidak ingat di mana 'address' resepi kerana saya hanya 'screenshot' resepi ini dihp saya ketika mula-mula mencubanya.  Menurut pemilik resepi, cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan saja dan jangan nak tambah ramuan atau rempah ratus lain nanti rasa ikan bakar berlainan dari yang kita inginkan. Namun saya telah menambahkan gula dalam bahan-bahan di bawah.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan
1 sudu besar cili kisar
3 batang serai
3 biji bawang merah
1sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
(tambahkan lada jika ingin rasa yang pedas)
Gula - saya tambah

* kisar semua bahan di atas
* masak bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pekat- saya tambah.


Cara-cara:
-Bersih ikan dan kelar.
-Gaul semua bahan kisar dan perap pada ikan selama 20 minit.
-Lumur sedikit minyak pada permukaan ikan dan bakar sehingga ikan masak sambal renjis minyak pada ikan.

* Saya masak terlebih dahulu bahan kisar sebelum di lumur dan dibakar dengan ikan..

November 18, 2017

Ikan Goreng Bersambal

Ikan Goreng Bersambal

Resepi ini saya browse Mr. Google pada hujung minggu lepas. Di temui pada laman berbahasa Indonesia. Tetapi sangat sedap dengan citarasa saya sekeluarga. Sememangnya dari kecil saya sering dihidang dengan ikan goreng yang sambal seperti resepi ini. Sambal yang kering dengan bahan bawang dan cili yang ditumbuk kasar (walaupun saya mengubah versi resepi ini dengan mem'blender' kasar bahannya) dan tidak terlalu pedas. Pasti menjadi rujukan saya setiap kali anak-anak inginkan menu ikan goreng bersambal.

Terima kasih kepada pemilik asal resepi ini.


Bahan-bahan
8 ekor ikan pelaling bersaiz sederhana, dicuci, DIKELAR,  digaul garam kunyit dan digoreng garing. Resepi asal di gaul juga dengan perahan limau.

Bahan blender A (diblender tanpa air) * resei asal semua bahan ini ditumbuk.
5 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji cili padi hijau
1 biji tomato
sedikit kunyit hidup
sedikit halia

Bahan blender B  (diblender kasar tanpa air) * resepi asal semua bahan ini dihiris.
5-8  biji bawang kecil
3 biji bawang putih

1/4 cawan air
1 serai
garam, gula, asam keeping/asam jawa
minyak menumis bahan blender.

Cara-cara
-ikan dikelar, digaul garam kunyit dan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
-tumis bahan blender A sehingga kering air (air tomato) dengan sedikit minyak.
-masukkan bahan blender B dan serai.  Masak sehingga pecah minyak.
-tambah 1/4 cawan air, perasa dengan garam, gula dan asam keeping. Masak sehingga sambal kelihatan pekat.
-apabila masak tuang atas ikan.



 

September 5, 2017

Deep fried fish Thai style

Deep fried fish Thai style

Masha Allah, sedap sungguh  ikan bila digoreng rangup seperti ini. Resepi saya perolehi hasil google di internet. Minta maaf kepada pemilik resepi kerana saya tidak ingat di mana website asal resepi ini. Resepi yang akan saya guna selalu untuk hidangan keluarga.



Bahan-bahan:
600gm whole fish (saya guna siakap) - saya belah 'butterfly'
1/2 teaspoon salt
1 tablespoon cornflour
2 cups oil for deep frying fish
1 cucumber shredded (saya guna 1/3 batang saja)

Sauce ( mixed together) :
2 1/2  tablespoons sugar
2 tablespoons lime juice or kaffir lime juice
3 tablespoons fish sauce
2 shallots sliced thinly
3 bird's eye chili or chili padi
1 red chili shred thinly
1 stalk corianer leaf chopped

August 24, 2017

Ikan cencaru sumbat belakang

Resepi ini saya ambil dari blog Azlita Masam Manis. Nama yang tidak asing dalam dunia resepi online. Resepinya yang pasti 'menjadi' termasuklah resepi ini yang menjadi kegemaran anak-anak. Mengikut Pn Azlita, resepi asal adalah dari Che Nom. Terima kasih kepada kedua-keduanya !


Ikan cencaru sumbat belakang

Bahan sambal dikisar atau ditumbuk:
5 tangkai cili kering - buang biji dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan bakar
1 inci halia
1 sudu besar jus asam jawa
1 batang serai
1 sudu besar gula pasi atau gula Melaka
garam
sedikit minyak menumis

Cara:
Ikan cencaru, disiang dan dibelah belakang, gaul garam kunyit. Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga harum.
Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering.
Angkat dan sejukkan.

Goreng ikan separuh masak.
Kemudian saya angkat ikan dan masukkan sambal dan saya goreng semula ikan. ( saya goreng ikan separuh masak dahulu untuk pastikan sambal diletak kemudian dan digoreng sebentar sahaja dalam kuali untuk elak minyak menjadi hitam bila sambal terkeluar dari ikan)



May 19, 2017

Ikan tiga rasa

Resepi ini saya ambil dari 'amirahhananni.blogspot.com. Apabila saya simpan resepi ini di blog saya bermakna resepi ini telah saya cuba dan ianya pasti sedap. Cuba lah..Terima kasih kepada pemilik resepi.

Sumber: Amirah Hananni




BAHAN UNTUK IKAN
-seekor ikan siakap
-minyak masak(untuk goreng ikan)
-sedikit tepung jagung(untuk lumur pada ikan siakap)
-cukup rasa dan garam secukunya(untuk lumur ada ikan)
-serbuk secukup rasa/kiub bilis - saya tambah

BAHAN UNTUK KUAH
-2 biji bawang merah - dipotong dadu
-6 biji bawang putih - dicincang halus
-5 biji cili padi - dipotong kecil   - saya guna 1 biji sahaja
-1 inci halia - dihiris halus
-1 biji tomato - dipotong dadu
-sedikit nenas- diotong dadu
-4 sudu besar sos tomato
-4 sudu besar sos cili thai
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos ikan
-2 batang serai -diketuk
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
-Ajinomoto secukup rasa
-Gula secukup rasa
-sedikit cukup rasa maggi
-Minyak untuk menumis
**saya masukkan perahan limau kasturi (1/2 biji sahaja)

CARA MEMBUATNYA

1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan

2.  Lumurkan ikan dengan serbuk cukup rasa dan sedikit garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.

3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan

4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.

5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, . Kacau sebentar.

6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas.

7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.

8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Masukkan perahan 1/2 biji limau kasturi

9.Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.

April 2, 2017

Kari ikan

Resepi ini telah saya cuba dan betul seperti kata pemilik blognya, kari ikan ini memang sedap.

Resepi asal adalah seperti di duniasuri.com


Source: duniasuri.com
Mohon saya copy n paste ya.

Kepala ikan dari sekor ikan + 2 atau 3 ketul bahagian badan ikan atau apa jua jenis ikan (sedapnya guna ikan temenung atau ikan jenahak, nyok-nyok putih sebab secara sendirinya kuah akan jadi manis sebab ikan tu manis selain lembut)
11 kacang bendi
1 biji tomato belah 4
1 biji cabai hijau (dalam gambar takde pulak)
1 batang pokok daun saderi (ambil sekerat saja bahagian bawah yang ada akar)
1 batang pokok daun bawang (ambil sekerat saja bahagian bawah yang ada akar)

Bahan Tumis
1 pelepah daun kari
1 ulas bawang merah sederhana besar (hiris halus)
1 ulas bawang putih (hiris halus)
1/2 sudu kecil halba campur
Nak mudah, tumbuk dulu jintan putih + jintan manis + lada hitam + serbuk kunyit. Kemudian tumbuk skali bawang merah dan bawang putih.
Bahan Tumbuk/Kisar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah yang kecil
1/2 sudu kecil kfc  jintan putih
1/4 sudu kecil kfc jintan manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1/4 sudu kecil kfc serbuk kunyit

3 sudu besar atau 1 peket kecil rempah kari ikan ( boleh juga guna rempah giling)
1 sudu besar garam atau secukup rasa
5 sudu besar santan
air asam
1 1/2 – 2 gelas air
3-4 sudu besar minyak masak


 tumbuk dulu jintan putih + jintan manis + lada hitam + serbuk kunyit. Kemudian tumbuk skali bawang merah dan bawang putih.

Campur rempah kari dalam bahan tumbuk tadi, dan masuk sikit air. Kacau sebati. Anak teruna tolong mama masak 

Goreng tanpa minyak dulu halba campur sampai kering air dalam periuk (sebab kita basuh dulu semua bahan sebelum masak ye)

Kemudian baru masuk minyak masak dan bahan hiris + daun kari sampai bawang naik bau dan kekuningan.

Kemudian masuk air asam. Asam jawa yang mama fas jenis yang dalam plastik bulat. Bukan yang jenis beli kat kedai/supermarket dalam plastik tu. Jenis plastik bulat ni guna sikit saja dah masam. Kalau yang jenis paket tu guna segenggam yang ni guna separuh saja
Masuk air dalam 1 setengah gelas air. Biar didih

Kemudian masuk santan. Biar didih sekejap saja, masuk akar batang daun sup dan daun bawang.

Masukkan bendi + cabai hijau dan biar sekejap dalam 5 minit.

Masukkan ikan.


February 21, 2016

Ikan bawal 3 rasa ala Thai

Resepi menjadi rujukan saya setiap kali memasak resepi ikan 3 rasa. Resepi ini adalah dari Haida Iman. Tidak rugi mencuba!

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal saiz besar - kelar badannya
3 ulas bawang putih - ketuk
2 tangkai cili padi - ketuk
3 sudu besar sos cili thai
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 hiris air asam limau nipis
sedikit air
Gula dan perasa

Bahan salut ikan-saya tambah
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
-boleh juga tambah tepung ubi

Hiasan:
1/2 biji bawang besar- dadu
1 inci halia- mayang halus
cili merah - potong dadu/halus
buah nenas- dadu
buah tomato -dadu
timun buang biji-dadu

Cara-cara:
-Ikan dikelar dan diperap garam dan kunyit. Saya alter caranya dengan salut ikan dengan tepung. (resepi di atas)
-Goreng dengan minyak banyak
-tumis bawang putih dan cili padi.
-masukkan kesemua sos.
-masukkan sedikit air
-masukkan gula dan perasa, limau nipis
-tutup api dan masukkan bahan hiasan
-curah sos ke atas ikan

Sedia untuk dinikmati!

 

July 4, 2013

Ikan Bakar Cencaluk


Resepi ini, saya perolehi daripada officemate.  Katanya resepi ini diberi oleh seorang Chef yang bekerja di sebuah hotel di Bangi.

Saya telah mencubanya. Resepi ini memang sedap. Cukup lengkap rasanya dengan masin dari cencaluk, manis dari kicap dan masam dari sos tomato. InsyaAllah saya akan sediakan lagi untuk keluarga dengan menggantikan ikan kepada sotong dan udang pula.

Ikan Bakar Cencaluk

Ikan - 1 kg (boleh ikan pari, kembung dll)

Bahan A
Bawang merah - 10 biji
Bawang putih - 6 biji
Serai - 3 batang
Halia
Lengkuas
Cili kisar - 3 sudu (jika mahu pedas, boleh tambah cili padi)

Bahan B
Sos cili
Sos tomato
Kicap manis
Cencaluk - suku  botol

Bahan C
Daun kunyit - 1 helai dihiris nipis
Daun limau purut - 2-3 helai dihiris nipis
Perahan limau kasturi

Cara-cara
1. Kisar semua Bahan A
2. Tumis Bahan A yang telah dikisar tadi sehingga kering
3. Masukkan Bahan B dan adjust rasa masin (cencaluk), manis (kicap)  dan masam (sos tomato)
4. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan masak sehingga daun lembut.
5. Perasakan dengan perahan limau kasturi.
6. Apabila telah masak, angkat dan lumurkan pada ikan.
7. Bungkus ikan dengan Aluminium foil dan bakar atas dapur. Nak masuk oven pon boleh.

Paste ikan bakar ini boleh disediakan lebih awal. Simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Ianya lebih menjimatkan masa terutamanya ketika bulan puasa.