June 6, 2017

Ayam percik Cik Manggis

 Ayam percik Cik Manggis.

Sedap hingga menjilat jari. Terima kasih Cik Manggis. kata Husband, dia beri 'gold medal' utk resepi ini :) . Sedap sungguhlah tu ya...Saya simpan resepi ayam percik sedap ini untuk rujukan masakan saya ya..

Bahan-bahannya:

3 ketul ayam(satu ekor ayam dipotong 4 dan ambil 3 ketul)
2 inci halia*
1 tsp garam*
2 ulas bawang putih*
*Tumbuk hingga hancur untuk perap ayam.

Kuah percik:
1 1/2 cawan santan pekat
1 tbsp tepung jagung
6 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
1 tsp serbuk kunyit
6 biji cili kering

Cara-caranya:
Tumbuk halia,bawang putih dan garam hingga lumat.lumurkan pada ayam dan perap sekejap.Kemudian rebus ayam dengan 2 cawan air hingga separuh masak( jika mahu kuah lebih boleh tambahkan lagi air rebusan) .Toskan...Tips dari kak yam=katanya lebih sedap jika ayam direbus separuh masak dengan santan cair,serai diketuk selain dari halia dan bawang putih.terima kasih kak yam saya pasti akan cuba tips ni bila nak masak ayam percik nanti:)

Untuk kuah:

  • Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Bancuhkan bahan kisar diatas dengan santan pekat dan air rebusan ayam hingga sebati.
  • Masukkan kedalam periuh dan masukkan serai dan asam keping. Didihkan atas api sekejap.Jangan sampai pecah minyak.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung,gula dan garam.
  • Angkat dan ketepikan.
Sementara itu panggang ayam hingga masak.Curahkan sedikit kuah dan panggang lagi sehingga kuah percik mesra dengan ayam.Balik-balikkan ayam dan sapukan kuah hingga betul-betul melekat pada ayam.Angkat dan hidangkan.Tuangkan lebihan kuah percik tadi keatas ayam.Tapi pastikan kuah percik tadi dipanaskan hingga betul-betul masak sebelum dicurahkan pada ayam untuk mengelakkan dari ianya cepat basi.

No comments:

Post a Comment