August 24, 2017

Ikan cencaru sumbat belakang

Resepi ini saya ambil dari blog Azlita Masam Manis. Nama yang tidak asing dalam dunia resepi online. Resepinya yang pasti 'menjadi' termasuklah resepi ini yang menjadi kegemaran anak-anak. Mengikut Pn Azlita, resepi asal adalah dari Che Nom. Terima kasih kepada kedua-keduanya !


Ikan cencaru sumbat belakang

Bahan sambal dikisar atau ditumbuk:
5 tangkai cili kering - buang biji dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan bakar
1 inci halia
1 sudu besar jus asam jawa
1 batang serai
1 sudu besar gula pasi atau gula Melaka
garam
sedikit minyak menumis

Cara:
Ikan cencaru, disiang dan dibelah belakang, gaul garam kunyit. Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga harum.
Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering.
Angkat dan sejukkan.

Goreng ikan separuh masak.
Kemudian saya angkat ikan dan masukkan sambal dan saya goreng semula ikan. ( saya goreng ikan separuh masak dahulu untuk pastikan sambal diletak kemudian dan digoreng sebentar sahaja dalam kuali untuk elak minyak menjadi hitam bila sambal terkeluar dari ikan)



Nasi Pilaf Daging Jamaica Chef Wan

Nasi pilaf ini adalah juga dari buku koleksi resepi Chef Wan. Jika anda inginkan kelainan, tidak rugi mencuba. Sedap dan berbaloi walaupun penat di dapur !


Nasi Pilaf Daging Jamaica

Bahan-bahan

55 gram / 1/4 cawan mentega
3 ulas bawang merah, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari daging serbuk (saya guna 1 sudu besar saja untuk elak bau kari yang kuat)
300 gram daging lembu, dihiris nipis-nipis ( saya guna 200gram saja, direbus terlebih dulu)
3 sudu besar kismis hitam
3 tangkai cili hijau, dicincang halus-halus
3 biji tomato, dibuang biji dan didadu
garam (anggaran 1 sudu teh utk setiap 1 cawan beras)
450 gram / 2 cawan beras basmati, dicuci dan dituskan (saya masak 3 cawan beras)
250ml / 1 cawan santan, diperah daripada 1/2 biji kelapa parut
250 ml /1 cawan air rebusan ayam ( saya ambil dari air rebusan daging)
2  sudu besar hirisan daun ketumbar

* untuk 3 cawan beras basmati, saya guna jumlah 'cecair' 5 cawan : 1 cawan santan + 4 cawan air rebusan daging)

Cara-cara
1. panaskan mentega di dalam periuk yang besar. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga keperangan
2. to be continued


Ayam Goreng Seri Wangi Chef Wan

Resepi ini adalah koleksi resepi dari buku yang  di tulis oleh Chef Wan. Memang menjadi kegemaran anak-anak. Rahsianya adalah mayonis yang di tambah dalam penyediaan resepi ayam ini. Tak percaya? Cubalah!




Ayam Goreng Seri Wangi Chef Wan

Bahan-bahan:
4 keping dada ayam tanpa kulit dan tulang, dihiris nipis memanjang
Minyak masak untuk menggoreng terendam + 1 sudu besar
2 batang serai, dihiris halus-halus
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus-halus
10 tangkai cili pad, dihiris-hiris (saya guna 5 tangkai saja)
2 sudu besar rempah tomyam ( saya guna 1 saja kerana tidak mahu terlalu masam)
60ml / 1/4 cawan air
1 sudu teh madu
11/2 sudu besar mayonis ( saya guna lebih)
3 helai daun limau purut, dihiris halus

Bahan pemerap (dibancuh)
2 sudu besar sos tiram
garam
1 biji telur yang sederhana, dipukul
3 sudu besar tepung jagung

Cara-cara
1. Gaul rata-rata ayam dengan bahan pemerap dan ketepikan 15minit.
2. Goreng terendam ayam hingga kuning dan garing. Tuskan.
3. to be continued

August 21, 2017

Cucur manis viral

Cucur manis viral

Kali ini saya mencuba cucur manis yang seperti yang diviral di Facebook. Sedap di makan panas-panas. Ringkas, cepat dan sedap!



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
-campurkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk, gaul sebati.
-masukkan air panas dan kacau dengan senduk hingga sebati, biarkan sedikit sejuk.
-bila adunan sudah sejuk, ambik sedikit adunan dan bulatkan dan goreng dalam minyak yang betul2 panas

August 7, 2017

Sukatan memasak

Sukatan di dapur

Sebagai panduan saya dan pembaca. Sukatan ini adalah berdasarkan resepi-resepi yang pernah saya cuba. In sha Allah harap ianya dapat membantu pembaca ketika di dapur.

Dalca Daging
Setiap 1 kilo daging:
50 gram serbuk kari (2 paket x 25g)
1 biji kelapa - 4 cawan santan ( atau beli santan segar di pasar di cairkan menjadi 4 cawan)

Nasi
Setiap 1 cawan nasi:
1/2 sudu teh garam

Cili kering
20 helai cili kering - 6 sudu besar cili kisar