Showing posts with label Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Noxxa. Show all posts

February 29, 2016

ayam kukus masak kicap dan halia

Resepi ini saya ambil dari blog crazymoney71blogspot. Saya olah sedikit mengikut kesesuai keluarga. Satu lagi resepi kukus yang saya labelkan sebagai menu sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak. Saya memasak resepi ini menggunakan periuk Noxxa.

Bahan-bahan A:
-ayam dipotong kecil
-3 sudu sos tiram
-3 sudu kicap pekat
-2 sudu kicap cair
- 5 titik minyak bijan
-bawan putih, bawang merah, halia- dihiris
-sedikit air sahaja- jangan menutupi ayam
-1/3 kiub ayam -saya tambah
-lada hitam-ditumbuk- saya tambah

Bahan-bahan B:
Sayuran (saya tambah):
-carrot
-brokoli
-white button mushroom
-capsicum
-cili merah

Cara-cara:
-perap ayam bersama Bahan A selama 15 minit.
-masak Bahan A menggunakanm periuk Noxxa menggunakan fungsi 'High pressure' 13 minit.
-masukkan Bahan B (sayuran) ke dalam periuk Noxxa dan sambung masak menggunakan fungsi 'High pressure' dengan tambahan masa 2 minit lagi.
-angkat dan sedia dimakan.

 

February 27, 2016

Ayam kukus halia

Ayam kukus halia

Resepi ini juga saya ambil dari internet. Mohon maaf kepada tuan asal resepi kerana saya sudah terlupa nama blognya. Resepi ini juga telah saya olah sedikit.  Resepi ini baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet sihat :)

Bahan-Bahan A

1/2 ekor ayam - potong 3
4 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus
1/3 kiub ayam
garam
minyak bijan

Bahan-Bahan B (Hiasan)
Brokoli
Carrot
Capsicum
Celery
Cendawan shitake*-saya rebus kemudian kukus utk hilangkan baunya

Cara-cara:
-Perap sebentar ayam dengan semua Bahan A
-Bungkus ayam dalam aluminium foil
-Kukus 40 minit ayam bersama Bahan Hiasan
-Angkat dan titiskan sedikit minyak bijan

Untuk resepi ini saya menggunakan periuk Noxxa
-ayam dibungkus dengan Aluminium foil
-letakkan rack pengukus
-masukkan air ke dalam periuk noxxa sehingga paras rack
-letakkan bungkusan ayam di atas rack
-tekan tutup tudung Noxxa sehingga bunyi 'klik'
-set tombol kepada 'steamer'
-tekan function steamer 15 X (15-20 minit)
-tekan button 'ON/OF"
-bila siap masak titiskan minyak bijan di atas ayam.

-Bahan-bahan B saya kukus berasingan mengunakan pengukus biasa.

kemudian hias ayam dengan bahan hiasan. Siap untuk di makan