February 29, 2016

ayam kukus masak kicap dan halia

Resepi ini saya ambil dari blog crazymoney71blogspot. Saya olah sedikit mengikut kesesuai keluarga. Satu lagi resepi kukus yang saya labelkan sebagai menu sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak. Saya memasak resepi ini menggunakan periuk Noxxa.

Bahan-bahan A:
-ayam dipotong kecil
-3 sudu sos tiram
-3 sudu kicap pekat
-2 sudu kicap cair
- 5 titik minyak bijan
-bawan putih, bawang merah, halia- dihiris
-sedikit air sahaja- jangan menutupi ayam
-1/3 kiub ayam -saya tambah
-lada hitam-ditumbuk- saya tambah

Bahan-bahan B:
Sayuran (saya tambah):
-carrot
-brokoli
-white button mushroom
-capsicum
-cili merah

Cara-cara:
-perap ayam bersama Bahan A selama 15 minit.
-masak Bahan A menggunakanm periuk Noxxa menggunakan fungsi 'High pressure' 13 minit.
-masukkan Bahan B (sayuran) ke dalam periuk Noxxa dan sambung masak menggunakan fungsi 'High pressure' dengan tambahan masa 2 minit lagi.
-angkat dan sedia dimakan.

 

No comments:

Post a Comment