February 19, 2018

Rempah Ikan bakar

Rempah Ikan Bakar

Hari ini husband minta masakkan ikan bakar. Sebenarnya saya jarang sediakan hidangan ikan bakar kepada keluarga. Anak-anak lebih gemar masakan ikan secara 'deep fry' berbanding bakar. Setelah saya cari resepi di internet, saya terjumpa resepi Ikan bakar ini. Saya telah mencubanya, ternyata sedap. Apatah lagi cara penyediaannya yang mudah dan ringkas.

Maaf kepada pemilik resepi, saya tidak ingat di mana 'address' resepi kerana saya hanya 'screenshot' resepi ini dihp saya ketika mula-mula mencubanya.  Menurut pemilik resepi, cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan saja dan jangan nak tambah ramuan atau rempah ratus lain nanti rasa ikan bakar berlainan dari yang kita inginkan. Namun saya telah menambahkan gula dalam bahan-bahan di bawah.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan
1 sudu besar cili kisar
3 batang serai
3 biji bawang merah
1sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
(tambahkan lada jika ingin rasa yang pedas)
Gula - saya tambah

* kisar semua bahan di atas
* masak bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pekat- saya tambah.


Cara-cara:
-Bersih ikan dan kelar.
-Gaul semua bahan kisar dan perap pada ikan selama 20 minit.
-Lumur sedikit minyak pada permukaan ikan dan bakar sehingga ikan masak sambal renjis minyak pada ikan.

* Saya masak terlebih dahulu bahan kisar sebelum di lumur dan dibakar dengan ikan..

No comments:

Post a Comment