Saya tidak pernah terpikir untuk membuat roti sendiri sehinggalah jiran berbangsa cina disebelah rumah memperkenalkan saya dengan Bread maker. Setelah 2-3 kali beliau menghantar roti ke rumah saya, teringin pula saya untuk membuat roti sendiri. Ini adalah di antara roti yang sempat saya cuba menggunakan Bread maker saya sebelum kita menyambut Ramadan lalu.
Bahan-bahan:
100 gm kismis
400 ml air
500 gm tepung roti putih
50 gm tepung roti wholemeal
50 gm gula perang
50 gm mentega - dipotong kecil
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 1/4 sudu teh yis
1 sudu teh serbuk kayu manis
telur yang dipukul untuk disapu pada roti.
Cara-cara:
1. Rendam 25gm kismis di dalam air panas selama 10 minit. Tapis dan ketepikan.
2.Masukkan semua bahan kecuali kismis, serbuk kayu manis dan telur untuk sapuan ke dalam mesin roti. Bahan dimasukkan satu persatu mengikut urutan bahan di atas.
3. Pada mesin roti, tetapkan fungsi mesin seperti berikut:
- Function: Basic
- Loaf size: Medium
- Crust: Medium
4. Apabila bunyi alarm kedengaran setelah separuh masa doh diuli, masukkan kismis dan serbuk kayu manis.
5. Sapu bahagian atas roti dengan telur yang telah dipukul sebelum roti mula dibakar.
6. Keluarkan roti segera sebaik sahaja roti siap dibakar.
Nota:
Roti ini adalah kurang manis. Jika mahu roti yang lebih manis, tambah 25 gm gula.
My new kitchen helper. |
Menu minum petang dihujung minggu! |

No comments:
Post a Comment