July 14, 2013

Ayam Bakar

Ayam bakar ini di antara menu yang menjadi pilihan saya untuk keluarga  bila sudah buntu memikirkan menu yang hendak dimasak.  Ayam bakar! Bagi saya memasak menggunakan oven membuatkan kerja mengemas dapur lebih  mudah memandangkan tiada percikan minyak berbanding jika menggoreng atau menumis di atas dapur.

Ayam ini boleh dimakan bersama dengan nasi atau pun  roti. Anak-anak saya pula, ayam ini dimakan begitu saja. Ayam sudah habis, nasi masih penuh dipinggan!
 


 
Bahan-bahan:
 
Bahan A
500 gram ayam – dipotong sederhana
1 labu bawang putih – kupas kulit sahaja jangan dihiris
5 ulas bawang merah – kupas kulit sahaja jangan dihiris
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil perahan lemon
1 sudu besar minyak zaiton + tambahan untuk disapu pada ayam

Bahan B
3 biji kentang – dipotong 3
1 biji carrot –dipotong kasar
1 biji terung bulat – dipotong bulat
Bawang besar – dipotong 4
Bawang putih - dikupas kulit sahaja.

Cara-cara

1.       Panaskan oven pada suhu 200’C.
2.       Bawang putih dan merah digoreng dengan 1 sudu minyak zaiton sehingga kekuningan.
3.       Angkat dan tumbuk bawang ini dan lumur pada ayam.
4.       Masukkan lada hitam tumbuk, garam, gula, perahan lemon dan baki minyak menggoreng bawang tadi ke dalam ayam yang telah dilumur dengan bawang.
5.       Perap 15 minit.
6.       Kemudian masukkan ayam bersama kentang, bawang besar dan bawang putih (dari Bahan B)  ke dalam dulang pembakar  dan sapu ayam dengan minyak zaiton. Bakar selama 30 minit.
7.       Selepas 30 minit, masukkan carrot dan terung. Sapu ayam sekali lagi dengan minyak zaiton. Teruskan bakar 30 minit lagi atau sehingga ayam masak.

 

No comments:

Post a Comment