Cup cake ini memang menjadi kegemaran anak-anak. Keknya yang lembut ditambah dengan cream cheese di atasnya pasti berbaloi menyediakannya. Resepi ini adalah dari Puan Lynn Hassan. Bagi yang sudah lama dalam bidang membuat cup cake pasti tidak asing lagi dengan nama beliau. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan:
250gm tepus halus
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh serbuk koko
50gm walnut cincang (saya abaikan kerana anak-anak tidak gemar kacang)
113gm mentega
150gm gula castor
1 sudu teh vanilla
2 biji telur
(Buttermilk)
240ml susu cair
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu teh cuka
Cara membuat buttermilk sendiri:
Campurkan susu cair dan cuka, biarkan selama 10 minit
Kemudian, masukkan pewarna merah.
Tambahan:
1 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bicarbonate
Cara membuat:
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Selepas ayak, masukkan walnut dan gaul.
Ketepikan seketika.
2.Pukul mentega, gula kastor dan vanilla sampai gula hancur. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai kembang.
3.Campurkan 'buttermilk' berselang-seli dengan bahan tepung yang diayak ke dalam bancuhan.
4. Dalam bekas kecil lain, masukkan bahan tambahan seperti serbuk penaik, kemudian tuangkan cuka. Apabila habis buih, masukkan bahan ini dalam adunan pertama tadi.
5. Timbang adunan pada setiap kertas cawan bernombor 12 sebanyak 60gm. Bakar selama 23 minit dengan suhu 160'C.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan ising keju/cheese.
Nota:
-Saya menggunakan kertas cawan yang lebih kecil, iaitu bahagian bawah cawan yang berukuran 3cm. Timbang 13gm untuk setiap kertas cawan dan bakar 10 minit pada suhu 150'C.
Ising keju/cheese:
180gm krim keju/cheese
35gm mentega
100gm gula ising.
Cara membuat:
1. Putar krim keju dan mentega sampai kembang.
2. Masukkan gula ising dan kacau rata.
![]() |
Sedap juga dimakan walaupun tanpa cream cheese topping. |

No comments:
Post a Comment