Bak kata Chef Wan, orang kita memang gemar bersnek sebelum dan selepas makan. Kali ini saya sertakan resepi dan cara membuat pizza sendiri di rumah. Resepi ini adalah dari buku : "Hidangan kegemaran Chef Wan". Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga amat menggemari pizza. Kalau diberi pilihan anak-anak saya akan memilih pizza berbanding nasi sebagai makan malam mereka. Jom kita tengok resepinya!
Bahan-bahan:
30 gram yis kering
1 sudu teh gula pasir
250 ml / 1 cawan air suam450 gram / 4 cawan tepung roti
1/4 sudu teh garam
4 sudu teh minyak zaitun
*Sos tomato - saya gantikan dengan Sos Bolognese
Cadangan hiasan atas:
nenas - saya ambil nenas dalam tin
cendawan butang - cendawan dalam tin
capsicum
sosej
isi ketam -crab stick
isi ayam
bawang
keju mozzarella parut
Cara-cara:
1. Larutkan yis dan gula dengan air suam dan ketepikan selama 10 minit.
2. Ayak tepung bersama garam ke dalam mangkuk. Tambah bancuhan yis dan minyak zaitun. Uli
selama 10 minit. ( saya uli selama 20 minit, lebih lama lebih lembut)..
3. Biarkan doh naik sekali ganda, kira-kira 1 jam di tempat yang agak panas. (saya biarkan sehingga
2 jam)
4. Tumbuk doh, uli selama 5 minit dan biarkan naik lagi selama 30 minit.
5. Canai doh dan bubuh di atas dulang pizza. Sapukan sos Bolognese dan tambah bahan hias atas.
6.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada 160'C selama 20 minit atau sehingga keju mula
berbuih dan dasar pizza masak.