Resepi ini saya ambil dari Blog Mat Gebu (tiffinbiru.com) . Ringkas. Cepat. Dan yang paling penting Sedapp! Saya copy n paste ya.
Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan :-)
12 ekor udang bersaiz besar, gunting muncung dan kaki2nya, cuci bersih dan toskkan
2 - 3 tangkai kacang panjang, dikerat pendek2
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :-)
- Gaul udang tadi dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit gula. Perap sekejap. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan goreng hingga udang berubah warna dan kelihatan sedikit kering.
- Masukkan semua bahan2 lain, kecuali hirisan daun bawang. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Keluarkan dan jika ada minyak, toskan. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidang. Sedap dimakan bersama nasi hangat, bubur nasi atau begitu sahaja..