July 22, 2013

Spagheti Bolognese

Kali ini saya mahu mengajak pembaca mencuba resepi Spagheti Bolognese dari Puan Roza Roslan (Penulis buku Bukan Sekadar Resepi). Hidangan ini saya sediakan pada hujung minggu lepas tetapi hanya sempat saya update dalam blog  seminggu berikutnya. Sememangnya hujung minggu adalah masa untuk saya menyediakan hidangan yang memenuhi selera anak-anak.

Menarik mengenai sos Bolognese ini adalah sos yang sama akan saya gunakan jika membuat pizza. Resepi pizza akan saya update jika berkesempatan nanti!



Bahan-bahan:
500gm spageti
30gm mentega
10 sudu besar (60gm) parutan keju Parmesan

Sos Bolognese:
500gm daging cincang
2 x 400gm plum tomato (dalam tin)
250ml jus lemon (dari sebiji lemon besar)
4 sudu besar puri tomato
3 sudu besar minyak zaitun
2 biji bawang besar  (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 batang lobak merah (dicincang kasar)
3 batang seleri (dicincang kasar) - saya hanya menggunakan 2 batang seleri sahaja
1 helai daun bay
3 tangkai parsli
1/2 sudu kecil oregano (mixed Italian herbs jika suka)
Garam, gula dan lada sulah secukupnya.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk besar dengan api yang sederhana.
2.Masukkan bawang besar, bawang putih, lobak merah dan saderi. Goreng anggaran 6 minit atau 
   sehingga bawang lembut/layu.
3.Masukkan daging cincang dan goreng rata agar daging tidak berketul. Leraikan daging cincang
   sehingga berderai sekata dan kering airnya.
4. Masukkan plum tomato yang dicincang kasar, tomato puri, jus lemon, oregano, daun bay dan
    parsli. Masukkan garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
5. Biarkan sehingga mendidih dan merenih perlahan selama sejam sehingga sos pekat.
6. Keluarkan daun bay dan parsli. Tambahkan secawan air jika terlalu pekat. Taburkan 6 sudu keju
    Parmesan. Angkat dan ketepikan.
7. Sementara itu, didihkan air didalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan 2 sudu minyak masak.
    Rebus spageti dalam anggaran 10 minit atau sehingga lembut mengikut penerangan yang
    dinyatakan pada paket.
8. Sejatkan airnya dan masukkan ke dalam mangkuk hidang. Gaulkan dengan mentega dan taburkan
    4 sudu besar keju Parmesan ke atasnya.
9. Untuk hidangan, curahkan sos Bolognese ke atasnya. Parutkan keju Parmesan.
 

No comments:

Post a Comment