February 19, 2018

Sawi goreng

Sawi gorengg

Tetiba saja hari ini saya teringin makan sawi yang digoreng kering dengan telur. Sedapnya bila dimakan panas2. Saya terjumpa resepi ini di internet. Terliur saya apabila melihat gambar yang disertakan. Sedap dan sedap. Itu saja yang boleh saya katakan.

Terima kasih kepada pemilik asal resepi. Maaf ya kerana saya tidak simpan address resepinya. Apapon memang sedap apabila dimakan bersama nasi panas.

Bahan-bahan:
bawang merah
bawang putih
sayur sawi
telur
garam

Cara-cara:
-gorengg garing bawang putih dan merah
-masuk batang sawi
-goring sampai sedikit layu
-masukkan daun sawi
-masukkan garam + telur
-goring sampai garing tidak berair.


Sotong goreng tepung

Sotong gorengg tepung

Sotong gorengg tepung juga merupakan kegemaran anak-anak sekiranya kami sekeluarga makan di luar. Hari ini saya mencari resepi ini di internet. Saya hanya menyimpan dulu resepi ini dan belum sempat untuk mencubanya.

Kepada pemilik resepi, terima kasih diucapkan. Mohon maaf kerana saya tidak simpan address resepi kerana saya hanya screenshot 'bahagian' bahan-bahannya dalam hp.

Bahan-bahan:
4 ekor sotong- saiz sederhana besar
3 sudu besar tepung beras
1 biji telur dipukul sedikit
serbuk lada hitam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
garam-digaul dalam tepung dan dengan sotong

Cara-cara:
-siang sotong. Hiris kasar. Tos betul-betul kering untuk elak meletup ketika digoreng. Gaul dengan sedikit garam.
-campur semua jenis tepung, serbuk lada hitam & putih dan garam.
-ambil secukupnya campuran tepung tadi dan campurkan dengan telur yang dipukul.
-panaskan minyak.
-gaul sotong dengan campuran telur dan tepung tadi.
-ambil sekeping-sekeping hirisan sotong yang dah digaul dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
-goring dalam minyak panas.

*goring sotong dalam minyak penuh dan panas sempurna kerana bila kurang minyak sotong akan lembik dan berminyak.

Udang butter

Udang butter

Butter prawn memang kegemaran anak-anak. Bukan saja anak-anak, malah kita orang dewasa juga pasti menggemarinya memandangkan rasa bahan  bagi menyediakan masakan ini yang 'mewah' dan 'berkrim'.

Mohon maaf kepada pemilik asal resepi. Saya tidak simpan address asal resepi ini. Apapun resepi ini memang sedap. Cubalah!

Bahan-bahan:
10-20 ekor udang
5 tangkai daun kari- saya guna 1 tangkai
6-8 tangkai cili padi-dihiris  - saya guna 1 sahaja
3 ulas bawang putih-dicincang
sedikit lada sulah
sedikit butter/margerin
garam
serbuk lada hitam/putih-jika suka
1/4 cawan susu cair/susu segar
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
-gaul udang dengan garam dan lada sulah.
-goring hingga masak.
-keluarkan minyak dari kuali kerana tak nak guna lagi

-panaskan butter.
-tumis cili padi, daun kari, bawang putih hingga naik bau
-masukkan susu cair dan masak sekejap.

-masukkan udang, serbuk lada dan sedikit garam (jangan terlebih garam kerana butter sudah masin)
-masak hingga masak

sarang telur:
2 biji kuning telur
minyak
butter

-panaskan minyak dan butter hingga betul2 panas.
-masukkan kuning telur sambil dikacau laju dalam bulatan arah jam.
-bila 'sarang telur' masak, angkat dan tabor atas udang.

Rempah Ikan bakar

Rempah Ikan Bakar

Hari ini husband minta masakkan ikan bakar. Sebenarnya saya jarang sediakan hidangan ikan bakar kepada keluarga. Anak-anak lebih gemar masakan ikan secara 'deep fry' berbanding bakar. Setelah saya cari resepi di internet, saya terjumpa resepi Ikan bakar ini. Saya telah mencubanya, ternyata sedap. Apatah lagi cara penyediaannya yang mudah dan ringkas.

Maaf kepada pemilik resepi, saya tidak ingat di mana 'address' resepi kerana saya hanya 'screenshot' resepi ini dihp saya ketika mula-mula mencubanya.  Menurut pemilik resepi, cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan saja dan jangan nak tambah ramuan atau rempah ratus lain nanti rasa ikan bakar berlainan dari yang kita inginkan. Namun saya telah menambahkan gula dalam bahan-bahan di bawah.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan
1 sudu besar cili kisar
3 batang serai
3 biji bawang merah
1sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
(tambahkan lada jika ingin rasa yang pedas)
Gula - saya tambah

* kisar semua bahan di atas
* masak bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pekat- saya tambah.


Cara-cara:
-Bersih ikan dan kelar.
-Gaul semua bahan kisar dan perap pada ikan selama 20 minit.
-Lumur sedikit minyak pada permukaan ikan dan bakar sehingga ikan masak sambal renjis minyak pada ikan.

* Saya masak terlebih dahulu bahan kisar sebelum di lumur dan dibakar dengan ikan..

November 18, 2017

Ikan Goreng Bersambal

Ikan Goreng Bersambal

Resepi ini saya browse Mr. Google pada hujung minggu lepas. Di temui pada laman berbahasa Indonesia. Tetapi sangat sedap dengan citarasa saya sekeluarga. Sememangnya dari kecil saya sering dihidang dengan ikan goreng yang sambal seperti resepi ini. Sambal yang kering dengan bahan bawang dan cili yang ditumbuk kasar (walaupun saya mengubah versi resepi ini dengan mem'blender' kasar bahannya) dan tidak terlalu pedas. Pasti menjadi rujukan saya setiap kali anak-anak inginkan menu ikan goreng bersambal.

Terima kasih kepada pemilik asal resepi ini.


Bahan-bahan
8 ekor ikan pelaling bersaiz sederhana, dicuci, DIKELAR,  digaul garam kunyit dan digoreng garing. Resepi asal di gaul juga dengan perahan limau.

Bahan blender A (diblender tanpa air) * resei asal semua bahan ini ditumbuk.
5 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji cili padi hijau
1 biji tomato
sedikit kunyit hidup
sedikit halia

Bahan blender B  (diblender kasar tanpa air) * resepi asal semua bahan ini dihiris.
5-8  biji bawang kecil
3 biji bawang putih

1/4 cawan air
1 serai
garam, gula, asam keeping/asam jawa
minyak menumis bahan blender.

Cara-cara
-ikan dikelar, digaul garam kunyit dan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
-tumis bahan blender A sehingga kering air (air tomato) dengan sedikit minyak.
-masukkan bahan blender B dan serai.  Masak sehingga pecah minyak.
-tambah 1/4 cawan air, perasa dengan garam, gula dan asam keeping. Masak sehingga sambal kelihatan pekat.
-apabila masak tuang atas ikan.



 

September 5, 2017

Telur bungkus

Telur bungkus

Menu ini akan menjadi pilihan setiap kali saya sekeluarga makan di luar. Tidak hanya mahu makan dikedai, saya mencuba resepi ini di rumah dan 'kena' dengan selera saya. Terasa seperti makan di kedai. Pasti akan terus menjadi sumber rujukan setiap kali menyediakan telur bungkus untuk anak-anak.

Sumber: kongsimasakan.blogspot.com, kiriman Kak Raja




Bahan-bahan:
2 sudu besar isi ayam ( potong kecil, gaul dengan garam dan kunyit)
1/2 biji tomato
1/2 sudu besar cili  kisar
1 bawang merah
1 bawang putih
1 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos ikan
bunya kobis
garam
gula
2 biji telur
daun  limau purut - saya tambah
carrot - potong dadu - saya tambah

cara-cara:
-panaskan kuali dan letakkan minyak sikit
-masukkan ayam dan goreng hingga keperangan
-masuk bawang kemudian cili kisar dan tomato
-masuk bunga kobis, sos ikan dan sos cili. Kacau sebati.
-masukkan garam dan gula.
-tutup api bila kuah pekat

-pecahka 2 biji telur, letakkan sikit garam
-tuang telur ke dalam kuali bermula dari tepi kuali- ikut bulatan
-masukkan isi ayam
-lipat penjuru telur dadar.

Ayam halia versi cina

Ayam Halia versi Cina

Resepi ini sangat mudah, ringkas dan sedap. Apatah lagi dimakan dengan nasi panas. Bau halia membuka selera. Saya simpan sebagai koleksi resepi saya. Tidak rugi mencuba.

Kredit: Resepi mudah


Bahan-bahan:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
minyak masak- utk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam, gula

Cara-cara:
-panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit - goreng separuh masak. ANGKAT dan ketepikan.
-ambil sedikit minyak dari baki gorengan tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia hingga naik bau. Masukkan kembali ayam tadi.
-masukkan pula sos tiram, kicap cair dan lada putih -kacau jangan sampai bawang putih hangus.
-masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga kuah pekat dan sebati. Tambah air jika anda suka lebih kuah.
-taburkan dengan cili merah dan bawang besar, kacau 2-3 minit.
-perasakan dengan garam dan gula.
-angkat dan tabur daun bawang.